KTM Mengumumkan Kilang Pengeluaran ASEAN Baru Di Filipina

 

  • Satu kerjasama antara Adventure Cycles Philippines Inc. bersama dengan KTM AG telah mengumumkan sebuah kilang pengeluaran baru yang akan dibuka di Filipina.
  • Kilang terbaru ini akan menjadi pusat utama yang akan menumpukan pemasangan empat model jalanan KTM; KTM 200 Duke dan 390 Duke bersama dengan KTM RC 200 dan RC 390.
  • Kilang ini akan memenuhi permintaan pengeluaran tahunan sebanyak 10,000 buah motosikal untuk membekalkan rantau itu dan negara China dengan model berkapasiti kecil.


Sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memperkukuhkan lagi jenama mereka di rantau Asia, Adventure Cycles Philippines Inc. bersama dengan KTM AG telah muncul dengan usahasama dengan rancangan untuk membina sebuah kilang pemasangan baru. Kilang ini akan memenuhi permintaan pengeluaran tahunan sebanyak 10,000 buah motosikal.

Kilang terbaru akan menjadi pusat utama yang tertumpu kepada pemasangan empat model jalanan KTM; KTM 200 Duke dan 390 Duke serta KTM RC 200 dan RC 390. Dengan kilang yang serba baru ini digandingkan dengan teknologi pemasangan tercanggih, kilang ini dikatakan mampu untuk menghasilkan 6,000 unit dalam tahun pertamanya untuk membantu memenuhi permintaan model berkapasiti kecil KTM.

Ketua Pegawai Strategi bagi KTM AG, Encik Hubert Trunkenpolz menyatakan bahawa “Ia kelihatan seperti satu mesej yang kerap kali kami ulangi namun pembukaan kilang terbaru di Laguna dan di Filipina merupakan satu lagi contoh terbaik tentang bagaimana kami membawa jenama KTM ke pelusuk baru dunia dan mendekati penunggang serta pasaran baru; ianya merupakan satu tempoh yang mengujakan untuk perkembangan syarikat kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas usaha KTM Asia Motorcycle Manufacturing Inc. kerana membuka lembaran baru dalam kisah kami dan ianya penting bagi kami untuk mempunyai keberadaan yang sebetulnya – dan yang terbaik – di pasaran dimana motosikal memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian. Kami amat teruja untuk menyaksikan pembangunan kemudahan ini.”

Dino Santos, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi untuk KTM Asia Motorcycle Manufacturing Inc. telah berucap mengenai pembukaan kilang ini dan kesannya terhadap rakyat dan ekonomi Filipina. “Pelaburan ini adalah sebahagian daripada kepercayaan kami yang pengilangan perlu menjadi pemacu utama kepesatan negara kami untuk maju ke hadapan. Ia menyediakan pekerjaan, peluang rantaian pembekalan, dan membantu untuk meletakkan negara di mata dunia sebagai pusat untuk inovasi dan industri.”

Dengan pembukaan kilang ini, ianya tampak seperti jenama KTM ini semakin kukuh dan kini mampu untuk memenuhi permintaan yang besar di rantau ini termasuklah negara China yang kini sudah “Ready to Race”.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]