Diuji: Honda Wave Alpha MMC 2017 – Motosikal Rakyat Generasi Seterusnya

 

  • Honda Wave Alpha MMC 2017 adalah satu keseimbangan antara prestasi, keboleharapan, dan keselesaaan dalam satu pakej yang berpatutan.
  • Didatangkan dengan rupa dan prestasi yang diperbaharui, motosikal Wave Alpha ini adalah pilihan yang sesuai untuk penunggang generasi terkini yang mencarikan sesuatu yang bergaya untuk perjalanan mereka.
  • Wave Alpha MMC ini juga adalah Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) dan telah diperakui Euro3 bagi mereka yang ingin menjaga alam sekitar.

Dalam industri permotosikalan, tiada pengilang lain yang telah lebih bersungguh-sungguh dalam usaha mereka untuk dikenali dan didapati di seluruh dunia. Dari siri terkenal Super Cub mereka hingga ke motosikal yang ikonik dan stabil EX5, Honda merupakan satu nama yang telah terukir sebagai yang terhebat sepanjang zaman buat sekian kali.

Keberadaan mereka di dalam pasaran motosikal di Malaysia kekal mantap walau untuk rangkaian EX5 yang telah pun berada di kancah ini selama 30 tahun. Hari ini Boon Siew Honda (BSH) mula memahami yang generasi baru memerlukan motosikal generasi baru untuk disesuaikan dengan gaya hidup mereka.

Di mana kebanyakan orang sekarang terutamanya generasi muda menganggap bahawa kebanyakan kapcai dan moped di pasaran hari ini agak ketinggalan dari segi rekaan, Honda telah memangkin siri Wave mereka ke abad ke-21. Contoh yang terbaik adalah Honda Wave Alpha 2017. Kami telah menguji jentera yang ringkas tetapi berkemampuan ini dan kami merasakan yang ianya adalah antara motosikal yang terbaik dengan nilai wang yang berada di Malaysia.

Pertama sekali, kebanyakan orang dari seluruh dunia merasakan yang jentera pilihan mereka sama ada ianya dua roda atau sebaliknya perlu mempunyai keseimbangan antara prestasi, keboleharapan,mampu milik, dan juga keselesaan. Kebanyakan orang Malaysia apabila ditanya mengenainya lebih kerap mengutamakan keboleharapan dan mampu milik daripada prestasi dan keselesaan. Honda Wave Alpha 2017 ada kesemuanya untuk memenuhi keperluan semua orang.

Motosikal Wave Alpha terkini telah melalui beberapa penambahbaikan dan kini dinamakan sebagai Wave Alpha MMC (Minor Model Change). Perubahan yang tidak ketara ini mengambil pakej terdahulu Wave Alpha dan memperbaikinya. Dari segi rupa parasnya, ianya kelihatan lebih diperbaharui dengan garisan yang lancar dengan pilihan warna yang menarik. Motosikal uji yang kami dapat adalah dalam warna Pearl Nightfall Blue yang sememangnya warna yang cantik sekali terutamanya di bawah sinar matahari di mana anda dapat melihat bintik-bintik berwarna biru bergemerlapan dengan gemilangnya.

Motosikal Wave Alpha terkini ini juga dilengkapkan dengan ekzos sporty yang bergaya bersama dengan sistem penapis emisi yang direka semula untuk mengurangkan jejak karbon keseluruhan motosikal berkenaan. Ini menjadikan motosikal Wave Alpha ini yang terbaik buat mereka yang cintakan alam sekitar selepas motosikal elektrik sepenuhnya yang masih lagi di luar jangkauan motosikal mampu milik. Digabungkan dengan fakta yang motosikal ini juga adalah Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) dan diperakui Euro3, ianya satu pilihan yang hebat bagi mereka yang ingin menjaga alam sekitar.

Motosikal Honda juga dikenali untuk prestasi dan keboleharapannya. Walaupun motosikal Wave Alpha ini telah ditala semula untuk prestasi dan kecekapan yang lebih baik, ianya masih mempunyai kuasa kuda dan tork yang lebih kurang sama seperti generasi terdahulu Alpha, pada 8.3hp dan 8.42 tork. Ianya sedikit sahaja lebih rendah namun kami merasakan yang ianya tidak memberikan kesan yang terlalu besar kepada enjin 1110ccnya yang kecil itu. Ianya bukanlah yang terpantas, tetapi dengan hanya 110cc, tiada siapa yang menjangkakan kelajuan tinggi melampau apabila mereka mendapatkannya.

Kelebihan pada enjin yang telah ditala semula ini adalah agihan kuasanya terasa lebih lancar ketika ia menuju ke 100km/j dan hasil terbesarnya adalah peningkatan menyeluruh dari segi keselesaan. Di mana kebanyakan moped kecil dalam rangkaian 150cc dan ke bawah sering kali bergegar apabila mencapai had laju lebuhraya, BSH telah melakukan sesuatu pada Alpha terkini ini untuk memastikan yang ianya terasa seakan santai sahaja ketika ia memecut sehingga 100km/j. Ianya amat dialu-alukan terutamanya bagi penulis yang telah jatuh hati pada motosikal Alpha ini.

 

Namun, Alpha ini tetap ada beberapa kekurangannya. Walaupun ianya sebuah motosikal yang cekap tenaga dan dikenali sebagai motosikal yang mempunyai kecekapan bahanapi yang hebat, tangki 3.7 liternya adalah agak kecil dan kami dengan segera mengetahui yang ianya memerlukan isian semula yang agak kerap untuk perjalanan harian. Kelebihan pada masalah ini pula adalah sekiranya anda menghabiskan tangki sepenuhnya, anda hanya perlu membelanjakan kira-kira RM7.50 untuk mengisi penuh motosikal Alpha ini dan ianya mencukupi untuk perjalanan selama dua ke tiga hari. Bagi kami, ianya agak menguntungkan.

Pakej brek drum belakang bermakna yang motosikal Wave Alpha ini boleh didapati pada harga yang lebih murah, tetapi sebagai peringatan; anda mungkin perlu memberikan tekanan kaki kanan yang lebih untuk membolehkan brek belakang berfungsi dengan cekap. Memodulasi brek drum belakang memerlukan lebih banyak pergerakan dan usaha dan oleh itu kami sarankan anda melaraskan tahap cengkamannya sebelum anda meninggalkan bilik pameran.

Aspek terakhir yang menjadikan motosikal Wave Alpha ini satu pilihan yang baik untuk orang Malaysia adalah harganya. Terdapat dua varian yang disediakan untuk Wave Alpha MMC 2017; RM4,535.74 (asas beserta GST) untuk varian brek drum dan pilihan roda berjejari dan RM4,927.94 (asas beserta GST) bagi brek cakera dan roda tempa. Terletaknya ia di bawah paras harga RM5,000 menjadikannya satu tawaran yang amat berpatutan dan berkebolehan dari Boon Siew Honda. Lagi pun, tiada apa yang dapat menandingi jentera yang mempunyai keseimbangan hebat antara prestasi, keboleharapan, mampu milik, dan keselesaan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]