Penggemar Motosikal Malaysia Membuat Tunggangan Solo Sejauh 8033KM Dengan SYM VTS200

 

  • Tunggangan solo ini merentasi negara-negara Indochina sehingga ke sempadan China.
  • Perjalanan selama 16 hari ini merentas jarak sejauh 8033km dari Kuala Lumpur ke Boten.
  • Tunggangan ini dibuat menggunakan jentera SYM VTS200.


Seorang penggemar motosikal negara bernama Harprit Singh (lebih dikenali sebagai Chris) telah melengkapkan penjelajahan solonya sejauh 8033km merentasi negara-negara Asian Tenggara sehinggalah ke sempadan China.

Chris, yang berasal dari Selayang, Selangor, telah memulakan perjalanannya pada 4 Mac 2017 dan berakhir pada 19 Mac 2017. Penjelajahan itu membawa beliau merentasi sempadan 6 negara Indochina termasuk Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan China dan ianya dilakukan oleh Chris di atas jentera SYM VTS200-nya! Jika tidak kerana kesuntukan masa dia telah bercadang untuk ke sempadan Vietnam namun hasratnya itu terpaksa dipadamkan buat perjalanan ini.

Chris memulakan perjalanannya dari Kuala Lumpur sempadan pertamanya, Bukit Kayu Hitam dan menuju ke Surat Thani, Thailand untuk hari pertamanya. Hari keduanya dia menempuh perjalanan sejauh 688km ke Bangkok sebelum menuju ke Chiang Rai pada hari ketiga melalui Phitsanulok dan melawati Tasik Biru Lompukiew di Taman Negara Tham Pha Tai untuk menikmati keindahannya.

Cabaran pertamanya tiba pada hari keempat apabila di sempadan Thai – Laos di Chiang Kong. Cubaan untuk memasuki Kemboja melalui sempadan itu terhalang kerana adanya peraturan yang baru yang dilaksanakan. Dia memutuskan untuk ke sempadan barat barat di Vientiane untuk mencuba nasibnya. Setelah tiba di sempadan Nong Khai – Vientiane, Chris berjaya meneruskan perjalanannya ke Luang Prabang dan seterusnya sempadan China.

Dia tiba di sempadan China pada hari keenam penunggangan solonya itu. Sesungguhnya ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan, terutamanya dengan jentera SYM VTS200 yang jelas sekali memudahkan penjelajahan ini.

Setelah beristirehat selama sehari di Luang Prabang, Chris menuju kembali ke Malaysia. Destinasi pertamanya adalah Vang Vieng sebelum ke ibu negara Laos, Vientiane. Dari situ dia ke Udon Thani dan memasuki Thailand melalui Gunung Phu Tub Berk di Petchabun.

Pada hari ke 11 perjalanan diteruskan ke Ayutthaya dan seterus ke Bangkok pada hari seterusnya. Penjelajahan merentasi Thailand melalui Poi Pet, Hua Hin Chumpon sebelum tiba di Dan Nok pada hari ke-15.

Hari terakhir perjalanan Chris membawa dia dari Dan Nok ke ibu kota Kuala Lumpur. Setibanya di rumah, Chris telah membuat perbandingan bacaan odometer dan ia telah mencatatkan jarak perjalanan sejauh 8033km!


Penunggangan solo Chris telah membuktikan bahawa kapasiti motosikal bukanlah penghalang kepada penunggangan jarak jauh yang menyeronokkan. Cukup sekadar membuat persiapan rapi, mempunyai pengetahuan asas tentang motosikal, dan jentera yang selesa dan tahan lasak, dan SYM VTS200 ini telah terbukti selesa dan amat lasak, anda dapat menjelajah dunia semahu hati anda.

Dengan jarak penunggangan harian secara purata mencapai 500km, SYM VTS200 mampu memberikan prestasi yang baik tanpa sebarang kerosakan kekal. Perjalanan ini menelan belanja kira-kira RM2,000 di mana hanya lebih kurang RM1,000 sahaja digunakan sebagai kos bahanapi, selebihnya adalah untuk penginapan serta makan minum. Chris berharap dengan perkongsian ini, ia dapat memupuk semangat mengembara buat para penggemar motosikal di luar sana.

Bagi membaca dengan lebih lanjut mengenai penjelahannya itu, kunjungilah laman sesawang Chris bagi membaca sendiri cerita mengenai tunggangan solo berkenaan.

Inginkan SYM VTS200 atau sebarang motosikal SYM anda sendiri? kunjungi laman sesawang rasmi SYM atau anda juga boleh mengunjungi Bikes Republic Bike Buyer’s Guide untuk membuat perbandingan.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

Sumber gambar : www.riderchris.com

Galeri Penunggangan Solo 8033KM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]