Art of Speed Malaysia X Rachun MC Mempersembahkan SPEED DEMON


Art of Speed Malaysia bersama dengan Rachun Motor Club telah menganjurkan acara Speed Demon yang diadakan di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 7 Mei 2017.
Ianya merupakan pertunjukan trials speedway pantai pertama di Malaysia yang memperagakan motosikal moden klasik, klasik serta vintaj, berlumba di atas litar pasir.
Lebih daripada 60 peserta dari seluruh negara telah berlumba di hadapan ratusan peminat sukan permotoran demi semangat dan cinta mereka kepada segalanya mengenai motosikal.


Ianya merupakan hujung minggu yang indah pada 6 dan 7 Mei lalu di mana Pantai Bagan Lalang di Sepang yang sunyi telah menjadi meriah sekali dengan hiruk pikuk runut bunyi motosikal tempaan khas dari seluruh negara. Mereka telah berkumpul untuk satu tujuan sahaja; acara perlumbaan Speed Demon yang dianjurkan oleh Art of Speed Malaysia dan Rachun Motor Club.

Ianya merupakan satu-satunya acara seadanya di Malaysia, di mana Art of Speed Malaysia telah bekerjasama dengan Rachun Motor Club untuk
menganjurkan pertunjukan trials speedway pantai yang menyaksikan motosikal moden klasik, klasik, dan vintaj disatukan dalam acara yang menarik ini. Acara ini dianjurkan bagi meraikan Festival Motosikal Klasik Antarabangsa Malaysia yang telah diadakan pada hujung minggu yang sama.

Walaupun ianya adalah acara perlumbaan, tujuan utamanya bukanlah untuk menentukan siapa yang terpantas tetapi bagi menjalinkan hubungan sesama mereka yang mempunyai keghairahan yang sama mengenai segalanya tentang motosikal disamping menguji motosikal yang telah dibikin di atas litar speedway tepi pantai. Penggemar sukan permotoran datang bersama motosikal serta keluarga mereka untuk menikmati suasana dan juga pemandangan yang cantik.

Lebih daripada 60 peserta berkumpul di hadapan ratusan penonton dimana terdapatnya dua kategori perlumbaan; Speed Demon King (melebihi 500cc) dan Speed Demon (bawah 500cc). Perlumbaan kedua akan diadakan di mana para pemenang akan bertanding sekali lagi di Kota Bharu, Kelantan yang mana ia dianjurkan oleh Rachun MC.

Kesemua pemenang telah diberi hadiah sumbangan Triumph Motorcycles Malaysia, Beetle Helmets Japan dan TT&CO Helmet Japan. Bagi maklumat lanjut acara ini, anda boleh ke laman Facebook rasmi Art of Speed Malaysia.

Acara besar yang seterusnya semestinya acara tahunan Art of Speed Malaysia 2017, di mana perhimpunan terbesar peminat mtosikal tempaan khas di Malaysian dan serantau akan berhimpun di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bagi memperagakan motosikal, barangan, gaya dan juga bakat mereka pada 29 dan 30 Julai 2017.

TEKAN SINI untuk maklumat lanjut mengenai acara Art of Speed Malaysia 2017.

Sumber gambar : Art of Speed Malaysia & @kaptenohdeer

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]