Ducati Malaysia Mengadakan Kempen Ducati Smart Service Baru

  • Ducati Malaysia (Next Bike dn Bhd) mengumumkan bahawa terdapat satu kempen Ducati Smart Service baru yang akan memberi manfaat kepada semua pemilik Ducati baru.
  • Bermula dari bulan hadapan, sebarang pembelian motosikal Ducati baru akan disertakan dengan perkhidmatan servis percuma selama dua tahun, bahagian dan pelincir, atau sehingga 30,000km termasuk perkhidmatan DESMO ( yang mana tiba dahulu, dengan syarat dan juga terma).
  • Pemilik Ducati baru akan menikmati penjimatan yang hebat dan kos pemilikan yang lebih rendah pada dua tahun pertama atas inisiatif dari Next Bike Sdn Bhd.


Ducati Malaysia yang juga dikenali sebagai Next Bike Sdn Bhd (pengedar rasmi bagi Ducati Motorcycles di Malaysia) telah membuat satu pengumuman yang mengujakan berkaitan dengan sebuah program baru mereka yang dipanggil “Ducati Smart Service”. Program ini telah diadakan bagi memberi manfaat kepada semua pelanggan baru Ducati bermula pada bulan ini.

Program perkhidmatan servis terbaru ini akan meningkatkan lagi pengalaman pemilikan Ducati ke satu aras yang baru dimana Next Bike Sdn Bhd berharap untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lebih memuaskan dan mewah buat semua pemilik Ducati.

Bermula dari bulan Mei 2017, mereka yang telah membeli motosikal Ducati akan menikmati perkhidmatan servis percuma selama dua tahun, bahagian serta pelincir atau sehingga 30,000km termasuklah perkhidmatan servis DESMO (yang mana tiba dahulu, dengan syarat dan juga terma). Ini adalah berita yang hebat bagi mereka yang merancang untuk memiliki motosikal Ducati. Mereka dapat menikmati penjimatan yang hebat serta kos pemilikan yang lebih rendah dengan pakej waranti dua tahun tanpa had batuan terbaru ini.

Next Bike Sdn Bhd berharap dengan objektif terbaru syarikat ini,ia akan meningkatkan lagi penjualan bagi beberapa model yang telah ditonjolkan untuk 2017 seperti Ducati Multistrada 950, Monster 797, Supersport, Supersport S, Scrambler Cafe Racer dan Scrambler Desert Sled.

Kempen terbaru “Smart Service” ini terhad kepada semua pengedar Ducati rasmi dan pusat perkhidmatan seluruh negara. Kunjungilah ruangan pameran Ducati berhampiran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sememangnya inilah masa yang terbaik bagi anda mendapatkan motosikal Ducati idaman anda.

Berminat untuk mengetahui kesemua model motosikal Ducati yang boleh didapati di Malaysia? TEKAN SINI dan lawatilah laman eksklusif Bikesrepublic.com, Bike Buyer’s Guide.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]