HJC Star Wars Memperkenalkan Helmet X-Wing Luke Skywalker

  • Rentetan pelancaran helmet HJC Star Wars lewat tahun lalu dimana mereka memperkenalkan helmet ‘full face’ Boba Fett dan Kylo Ren, HJC kini bercadang untuk mengeluarkan helmet IS-5 Luke Skywalker X-Wing.
  • Helmet ‘open face’ bergaya retro ini warna yang sama ketika Luke Skywalker mengemudi X-wing untuk menjatuhkan Death Star.
  • Helmet ‘open face’ IS-5 juga dilengkapkan dengan pelindung matahari yang sama seperti di dalam filem itu.


Berikutan pengenalan besar-besaran dan populariti helmet replika Star Wars lewat tahun lalu, HJC helmet dengan bangganya telah mengumumkan helmet terbaru dalam rangkaian HJC Star Wars, replika X-Wing Luke Skywalker yang menakjubkan yang terdapat dalam varian IS-5.

Bagi peminat saga epik Star Wars,rekaan helmet ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Ianya telah dipakai oleh Luke Skywalker dalam misi menghancurkan Death Star. Peminat dan penggemar filem epik ini sedia maklum dan menganggap Luke Skywalker sebagai Jedi terkuat sepanjang zaman (walaupun ada di antara mereka mempunyai pendapat berbeza).

walau apapun jua, tidak dapat dinafikan bahawa watak Luke adalah antara watak yang paling diminati dalam keseluruhan francais Star Wars. Melihat pada helmet’open face’ IS-5 dari HJC, watak ini telah digambarkan dengan terperinci dengan rekaan dan warna yang termasuk pelindung matahari berwarna kuning sawo seperti mana yang telah digambarkan dalam babak di dalam pesawat pejuang X-Wing.

Helmet X-Wing IS-5 Luke Skywalker ini adalah sebahagian daripada keraian Ulangtahun ke-40 Star Wars, lengkap dengan tag sambutan khas. Ini bermakna yang ianya akan menjadi AMAT menggiurkan bagi peminat motosikal dan juga Star Wars.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Helmet edisi khas ini akan boleh didapati sebagai IS-5 (patuh DOT) di Amerika Utara dan FG-70 (patuh ECE) di Eropah. Kedua-dua helmet ini bergaya retro, ‘open face’ dengan pelindung matahari boleh turun (IS bermaksud ‘Internal Sunshield’/pelindung matahari).

https://youtu.be/aQFrl5rpXMg

Ingin menjadikannya lebih istimewa? Akan terdapat 10 helmet ini yang akan dijual di laman Omaze.com/StarWars ditandatangani oleh Mark Hamill sendiri dan segala jualan akan disalurkan ke UNICEF dan Starlight Children’s Foundation(Yayasan Kanak-kanak Starlight) bagi pihak Star Wars: Force for Change.

Harga rasmi dan tarikh jualan di Asia belum lagi diumumkan tetapi teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan gempak selanjutnya. Helmet ini bagaimanapun boleh didapati untuk pra tempahan di laman sesawang Revzilla.com untuk USD179.99 (sekitar RM778 selepas pertukaran matawang).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

5 Replies to “HJC Star Wars Memperkenalkan Helmet X-Wing Luke Skywalker”

Leave a Reply