MotoGP: Johann Zarco Menghampiri Podium Pertama Musim 2017

 

 

  • Penunggang baru MotoGP 2017 Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dengan pantas menarik minat ramai dalam tiga pusingan pertama musim ini.
  • Susulan permulaan yang hebat di Qatar dimana dia mendahului perlumbaan sebelum terbabas, Zarco menamatkan GP Argentina dan GP Amerika di kedudukan kelima.
  • Penunggang berusia 27 tahun itu sedang berusaha untuk mengemudi jentera Yamaha M1-nya untuk kedudukan podium MotoGP pertamanya hujung minggu ini di Jerez untuk Gran Premio Red Bull de España.


Ianya cuma musim pertamanya di MotoGP selepas dinobatkan Juara Dunia Moto2 tahun lalu namun Johann Zarco dengan pantas sekali menarik minat ramai dengan aksinya dalam tiga perlumbaan pertama. Susulan perlumbaan pertamanya yang cukup luar biasa di Qatar dimana dia menyusup lepas beberapa veteran MotoGP sebelum terbabas semasa mendahului perlumbaan, rookie berumur 27 tahun ini yang menunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3 menamatkan perlumbaan GP Argentina dan Amerika di kedudukan kelima.

Ianya juga pada perlumbaan terkini di Circuits of the Americas (COTA) dimana dia bertarung dengan tidak lain dan tidak bukan, Yang Terhebat Sepanjang Zaman(Greatest of all Time – GOAT), Juara Dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP). Gerakan memotong yang penuh kontroversi oleh Zarco memaksa Rossi untuk mengelak dari pertembungan dengan keluar dari laluan litar tetapi Arahan Perlumbaan akhirnya memberikan kepada Rossi penalti 0.3 saat kerana mengambil kelebihan yang tidak adil.

Sementara kita semakin hampir ke pusingan keempat musim ini, tampak seperti Johann Zarco begitu membara mencari kedudukan podium dan dia serta pasukannya sedia maklum yang jentera Yamaha M1-nya lebih daripada mampu untuk melakukannya. Pusingan yang berikutnya di Jerez pada hujung minggu ini bagaikan litar yang sempurna untuk Zarco mendapatkan tempat di atas podium sebagai rookie MotoGP berdasarkan sejarahnya yang hebat di litar ini ketika di siri Moto2 dimana dia menduduki kedudukan kedua pada 2015 dan kelima pada 2016.

“Pusingan Jerez menandakan permulaan perlumbaan di Eropah dan ia semestinya akan menarik sekali buat kami kerana tiga Grand Prix pertama mengambil tempat di litar yang besar dan panjang di Qatar, Argentina, dan Texas. Litar di Sepanyol lebih pendek dan sempit jadi saya ingin tahu akan kebolehan saya mengawal motosikal saya di tempat ini,”

“Selepas perasaan yang hebat di Texas dan pertarungan yang hebat untuk tempat kelima, saya ingin untuk terus maju ke hadapan dan menghampiri
kedudukan podium serapat yang mungkin. Menjelang pengakhiran perlumbaan yang lalu, saya tidaklah begitu jauh dari kedudukan tiga yang teratas jadi saya akan teruskan usaha dengan kuat bagi mencapat sasaran ini. Di Andalucía, cuaca sepatutnya terang dan panas, tetapi akan sentiasa ada kemungkinan untuk hujan, dan kami perlulah berwaspada dengannya. Mari kita lihat dahulu pada keadaan cuacanya tetapi saya akan pergi ke Grand Prix ini dengan minda terbuka dan saya akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan sekali lagi.”

Gran Premio Red Bull de España akan memulakan aksinya bermula Jumaat ini dengan sesi latihan terbuka bermula pada 3 petang waktu tempatan.
Perlumbaan ini akan bermula pada hari Ahad 7 Mei 2017 pada pukul 8 malam waktu tempatan selepas perlumbaan Moto3 dan Moto2 pada pukul 5 petang dan 6.20 petang.

Ingin kelihatan bergaya seperti Johann Zarco? Berminat untuk memiliki Shark Helmet atau kelengkapan menunggang Furygan? Kunjungilah Spartan Concept Store yang terletak di Sunway untuk mendapatkan tawaran hebat bagi kedua-dua jenama yang dipakai oleh Juara Dunia Moto2 2016.

Sumber imej: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

3 Replies to “MotoGP: Johann Zarco Menghampiri Podium Pertama Musim 2017”

Leave a Reply