Adakah Ini Motosikal Lumba Terbaru Modenas?

  • Modenas telah mengeluarkan satu lagi set gambar ‘teaser’ motosikal lumba mereka yang pertama di Malaysia.
  • Berdasarkan gambar-gambar itu, motosikal ini berkemungkinan diasaskan kepada Pulsar RS200 dari pengeluar India, Bajaj Auto.
  • Motosikal lumba ber-reraup penuh ini bercirikan enjin sejukan cecair satu silinder 200cc dengan sistem tiga palam pencucuh yang menghasilkan 24.5hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm tork pada 8,000rpm.


Nampaknya Modenas telah mengeluarkan satu lagi ‘teaser’ untuk sebuah model motosikal lumba terbaru dari pengilang motosikal tempatan ini. Semakin kita menghampiri tarikh penting 19 Mei 2017, Modenas telah menghadiahkan kita dengan sorotan ringkas tentang apa yang akan muncul dalam masa dua minggu lagi.

Berdasarkan gambar ‘teaser’ (dan juga berita kerjasama baru antara Modenas dan Bajaj Auto dari India), tampak seperti motosikal lumba terbaru Modenas ini akan diasaskan daripada model Bajaj Pulsar RS200. Motosikal lumba ber-reraup penuh ini akan dilengkapi dengan enjin sejukan cecair satu silinder 200cc dengan sistem tiga palam pencucuh yang akan menjana 24.5hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm tork pada 8,000rpm.

Motosikal Bajaj Pulsar RS200 dibina dengan kerangka keluli bahagian alang perimeter mampat yang memberikannya berat keseluruhan bendul pada hanya 165kg. Fork teleskopik hadapan dengan ‘bush‘ nyah-geseran disambung kepada roda 17 inci dengan cakera brek 300mm. Untuk bahagian belakangnya, Pulsar RS200 dilengkapkan dengan penyerap mono shock Nitrox yang disambung ke cakera brek 230mm.


Pulsar RS200 juga didatangkan dengan tangki bahanapi 13 liter dan jarak bahanapi sebanyak 35km bagi setiap satu liter bahanapi. Jika motosikal lumba terbaru Modenas juga menggunakan enjin yang sama, ia bermakna yang motosikal itu akan mempunyai jarak perjalanan sehingga 455km bagi setangki penuh bahanapi! Cukup menjimatkan! Bajaj juga mendakwa yang motosikal lumba 200cc-nya itu dapat mencapai kelajuan tertinggi sehingga 141km/j.

Perincian lain-lain termasuklah speedometer digital, tachometer analog, lampu hadapan dwi-projektor, dan lampu belakang LED. Untuk harganya dan spesifikasi penuh motosikal Modenas ini untuk pasaran Malaysia, kami hanya mampu menunggu tibanya tarikh 19 Mei 2017 nanti. Buat masa ini, model RS200 ini dijual di India pada harga 124,523 Rupees (kira-kira RM8,407) bagi model tanpa ABS dan 136,738 Rupees (sekitar RM9,231) untuk varian ABS.

Bagi mereka yang terlepas ‘teaser’ pertama dari Modenas, di bawah adalah ‘teaser’nya itu, yang mana ia kelihatan seperti sebuah model motosikal ‘naked’ yang diasaskan daripada NS200 Bajaj. Andaian kami, mereka pasti akan mengeluarkan satu lagi ‘teaser’ sebelum pelancaran trilogi terbaru Modenas ini.

Kekal setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan selanjutnya.

Berminat dengan motosikal Modenas? TEKAN SINI untuk ke bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide!

248 Comments

Leave a Reply