Suzuki Memfailkan Paten Bagi Skuter Hibrid Pacuan Dua-Roda

 

  • Suzuki telah memfailkan satu paten bagi sebuah skuter hibrid pacuan dua-roda baru-baru ini di US Patent and Trademark Office (USTPO).
  • Paten ini menunjukkan sebuah skuter hibrid dengan enjin elektrik yang menjana bahagian hadapan dan enjin petrol konvensional memacu roda belakang.
  • Rekabentuk skuter ini agak serupa dengan skuter maxi Suzuki Burgman.


Merujuk kepada hebahan yang dikeluarkan oleh Motorcycle.com, ianya kelihatan seperti Suzuki telah pun mula merancang untuk masa depan dengan paten terbaru bagi skuter hibrid pacuan dua-roda. Ia telah dikhabarkan bahawa paten berkenaan telah diisi di US Patent and Trademark Office (USTPO) dimana anda dapat melihat sendiri yang ianya kelihatan seperti skuter yang biasa kecuali terdapat sesuatu yang menarik pada bahagian hadapan skuter itu.

Ternyata sekali, sistem pacuan dua-roda akan menjadikan skuter ini sebuah hibrid yang menggunakan bantuan dari enjin elektrik untuk memacu bahagian hadapannya bersama dengan enjin pembakaran dalam yang dikuasakan oleh petrol memacu roda belakangnya.

Satu lagi perkara yang menarik tentangnya adalah sistem suspensi bahagian hadapan yang baru dan berkemungkinan, revolusioneri untuk mengendali enjin elektriknya. Kesemua ini direncana sekitar apa yang tampak seperti sebuah skuter maxi Suzuki Burgman.

Suzuki Burgman 2017

Gabungan motor kuasaan-elektrik yang bekerjasama dengan enjin kuasaan-petrol bukanlah sesuatu yang amat asing, terutamanya dalam supercar seperti Porsche 918 Spyder (gambar-gambar dibawah), Ferrari LaFerrari dan McLaren P1. Jika kereta mampu untuk menjana kuasa kuda dan menghasilkan tork yang tidak masuk dek akal dengan kombinasi ini, pengeluar motosikal pastinya tidak akan ketinggalan dalan mengaplikasikan kaedah yang sama.

Porsche 918 Spyder supercar hibrid
Sistem hibrid AWD Porsche

Ianya kelihatan seperti Suzuki mempunyai pelan yang besar untuk masa depan mereka dan keberadaan mereka dalam industri permotosikalan. Bersama dengan helmet paparan hadapan (HUD) yang sedang giat dalam pembangunan, ianya boleh dikatakan bahawa Suzuki mengorak langkah dengan minda terbuka kepada kemungkinan peralihan yang ketara dalam dunia motosikal.

Paten terkini Suzuki untuk helmet paparan hadapan (HUD)

TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang helmet paparan hadapan(HUD) Suzuki.

Sumber: Motorcycle.com

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

6 Replies to “Suzuki Memfailkan Paten Bagi Skuter Hibrid Pacuan Dua-Roda”

Leave a Reply