KTM Malaysia Memperkenalkan KTM 1290 Super Adventure S 2017 Dan 1290 Super Duke R; RM115,000 Dan RM118,000

 

  • Motosikal KTM 1290 terbaru dijana oleh enjin V-berkembar sejukan cecair 1,301cc yang dikemaskini merupakan antara yang teringan dan paling berkuasa enijn V-berkembar di dalam industri motosikal.
  • Kedua-dua 1290 Super Adventure S dan Super Duke R padat dengan gajet elektronik teknologi tinggi, suspensi semi-aktif WP serta pakej pembrekan Brembo.

KTM Malaysia akhirnya telah membawa masuk model pertama bagi tahun 2017 ke tanah air kita. Dua model baru 2017 ini adalah tidak lain dan tidak bukan KTM 1290 Super Adventure S dan 1290 Super Duke R. KTM sebelum ini telahpun melancarkan Super Adventure S (bersama dengan model R dan T) semasa INTERMOT di Cologne, Jerman pada tahun lalu dan 1290 Super Duke R di EICMA 2016 di Milan, Itali.

TEKAN SINI untuk membaca liputan kami mengenai KTM semasa EICMA 2016

KTM 1290 Super Duke R 2017

 

Ketika KTM melancarkan Super Duke pertamanya pada tahun 2014, Sesungguhnya kita semua terkesima dengan apa yang telah dicapai oleh KTM. Menyusuli model perintis itu, KTM telah berusaha dengan gigih sekali dan hasilnya merupakan jentera motosikal dengan jolokan “The Beast”

Pertama sekali, KTM memutuskan bahawa enjin V-berkembar untuk Super Duke R perlu menjadi yang paling berkuasa pernah mereka hasilkan dan hasilnya ialah 177hp dan 141Nm tork yang cukup menggerunkan. Enjin V-berkembar ini dilengkapkan dengan injap masukan titanium, kombinasi lejang 71mm dan gerek 108mm menjadikan ia antara enjin V-berkembar paling ringan di dunia, dengan berat hanya 62kg sahaja.

Kepala silinder baru digunakan untuk mengagihkan tork pada tahap rendah ke sederhana dan juga menyumbangkan kepada kelancaran dari segi agihan kuasa Super Duke R ini dan pada masa yang sama mengurangkan pengeluaran CO² sehingga 10%. Sistem pencucuhan berkembar telah disertakan dalam pakej ini untuk memastikan lebih kuasa, tindak balas dan juga penggunaan bahanapi serta emisi yang lebih rendah.

Selain daripada mekanisma ‘slipper clutch‘ yang telah dikemaskini, Super Duke R terbaru ini juga datang bersama teknologi ‘Ride-By-Wire’. Walaupun kebanyakan motosikal mewah suda mula menerapkan elektronik tambahan dalam motosikal mereka, versi KTM ini begitu maju di hadapa dimana ia secara elektronik dapat menafsir tindakbalas pendikit dan menukarnya ke posisi injap pendikit yang terbaik untuk mengelak sebarang senggukan, gegaran atau ‘wheelie’ yang tidak disengajakan dari berlaku.

Menumpukan perhatian kita kepada kerangkanya pula, rangka keluli Chromium-Molybdenum ‘trellis‘ yang disadur serbuk dihubungkan dengan fork teleskopik terbalik 48mm dari WP Suspensions. Penyerap monoshock WP belakang pula dilengkapkan dengan tangki asing luaran yang menawarkan mampatan berbagai dan aturcara lentingan untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang.

Untuk menghentikan ‘The Beast’ memerlukan daya yang cukup besar. Sepasang cakera brek angkup radial tetap empat omboh monoblock 320mm Brembo dipasang pada bahagian depan manakala angkup tetap dwi omboh 240mm Brembo mengawal bahagian belakangnya. Bagi menambah keajaiban teknologi ke dalam gandingan ini, satu dwi-saluran ABS 9.1 MP ABS telah disertakan dengan ABS untuk menyelekoh serta Mod Supermoto yang boleh dimatikan.

Jentera yang tegap digandingkan dengan kepintaran elektronik yang termasuk mod tunggangan yang boleh dipilih, Kawalan Cengkaman Motosikal (MTC), Pengatur Gelinciran Motor (MSR), dan semestinya, Quickshifter +. Keseluruhannya, KTM Super Duke yang baru ini seiring kekuasaan dan kepintarannya.

KTM Malaysia telah menetapkan harganya bagi KTM Super Duke R 2017 pada harga RM118,000 (asas dengan GST).

KTM 1290 Super Adventure S

Dijana oleh enjin 1,301cc yang sama seperti Super Duke R, gabungan kuasa dan keperibadian ringannya pada berat 238kg (diisi penuh dengan 23 liter bahanapi) memberikannya antara nisbah berat-ke-kuasa terbaik dalam segmennya. Bagi Super Adventure S, jiwanya telah ditala untuk menghasilkan 160hp dan 140Nm tork. Saduran ‘Diamond-Like Coating’ (DLC) telah digunakan untuk memberi perlindungan tambahan pada semua bahagian terpenting.

Rekabentuk kerangkanya telah dipertingkatkan bagi model 2017 ini yang juga mirip dengan Super Duke R yang baru. Rangka keluli ‘trellis‘ sehanyalah seberat 9.8kg namun ianya lebih kuat dari sebelum ini. Digandingkan dengan lengan buai acuan tuangan berkekisi terbuka, Super Adventure S yang diperbaharui ini menawarkan keteguhan hebat dan keseimbangan sementara mengekalkan kualiti kelenturan yang tinggi.

Suspensi WP menyeluruh juga boleh didapati untuk Super Adventure S menawarkan mod tunggangan yang lebih luas seperti ‘Comfort’, ‘Street’, ‘Sport’, dan juga ‘Offroad’. Bersama dengan Unit Kawalan Suspensi (SCU), Super Adventure R ini dapat menyesuaikan kadar redamannya dalam masa sebenar pada permukaan tunggangan serta penunggang, berdasarkan maklumat yang disediakan oleh pelbagai pengesan pada motosikal ini.

Ciri-ciri lain termasuk Kawalan Bersiar, Kawalan Cengkaman Motosikal (MTC) beserta ABS tergabung dan Mod Offroad bermakna yang Super Adventure R dapat membawa anda kemana-mana sahaja. Ianya sepintar mana-mana komputer super dengan segala bantuan elektroniknya. Ini termasuk unit 9ME-C-ABS dwi-saluran Bosch digandingkan dengan pakej pembrekan menyeluruh Brembo.

Bantuan elektronik lain datang dalam bentuk Quickshifter +, modul Bluetooth KTM My Ride, Pengatur Gelinciran Motor (MSR), Hill Hold Control (HHC). Teknologi ‘Ride-By-Wire’ juga tersedia digandingkan dengan Kawalan Bersiar untuk keselesaan tambahan. Saksikanlah video di bawah berkenaan tambahan terkini dalam rangkaian Super Adventure.

KTM Malaysia telah menetapkan harga bagi KTM Super Adventure S 2017 ini pada harga RM115,000 (asas dengan GST). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungi mana-mana ruang pameran KTM berdekatan anda atau lawati laman sesawang rasmi mereka.

TEKAN SINI untuk melihat model KTM lain yang ditawarkan di Malaysia eksklusif di Bikesrepublic Bike Buyer’s Guide

Galeri KTM 1290 Super Duke R

Galeri 1290 Super Adventure S 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

14 Replies to “KTM Malaysia Memperkenalkan KTM 1290 Super Adventure S 2017 Dan 1290 Super Duke R; RM115,000 Dan RM118,000”

Leave a Reply