2017 Modenas Kriss MR2 dilancarkan di Malaysia – Jimat Poket, Penuh Bergaya! – RM3,890 (asas)

Modenas melancarkan jentera terbaru mereka, Kriss MR2, sebagai model kemaskini kepada MR1 yang telah diperkenalkan pada 2011. MR adalah singkatan kepada ‘Motosikal Rakyat’ dimana jentera ini fokus kepada motosikal yang ringkas dengan harga yang cukup mesra rakyat. Kata hikmat yang hadir untuk jentera ini adalah “Jimat Poket, Penuh Bergaya!”.

2017 Modenas Kriss MR2 Celebration Red

Penambahbaikan dari segi keseluruhan rekaan menampakkan jurureka Modenas kini semakin matang dan memberikan aspek visual yang tajam. moden dan nampak mewah.

Lampu brek belakang direka dengan kemas dan tidak seperti CT100/CT110 sebelum ini. Gaya ini nampak lebih elegan dan lebih malar segar. Tidak dapat lari lagi dari lampu isyarat capang kerana ini adalah peraturan keselamatan yang baru. Namun, ramai juga yang kata #CapangItuIndah.


Rekaan hadapan tampak kemas dengan lampu utama yang besar beserta dengan lampu isyarat terus dimasukkan ke dalam reraup yang mana pada pendapat saya, lebih baik dari cubaan Honda terhadap model Alphanya.

Enjin ini dikatakan enjin generasi baru yang patuh peraturan EURO 3 bersesaran 109.2cc. Kuasa kuda maksimum adalah 6.2kW(8.31hp) pada 7,500RPM dengan 8.2Nm daya kilas @ 5,500RPM.

Tangki petrol Kriss MR2 ini mampu membawa sejumlah 4.5 liter bahan bakar. Jumlah ini kurang daripada CT110 yang mampu membawa 5.3 liter bahan bakar.

2017 Modenas Kriss MR2 Canary Yellow

Tawaran warna ada 3 iaitu Canary Yellow, Strike Blue dan Celebration Red. Semua warna ini adalah gabungan dengan warna Sand White.

 

2017 Modenas Kriss MR2 Strike Blue

Spesifikasi Teknikal 2017 Modenas Kriss MR2

Sedang dikemaskini… kami sedang menunggu makluman harga…

Harga 2017 Modenas Kriss MR2 adalah RM3,890 (asas)

Maklumat Sulit:

Jentera Kriss MR2 ini adalah hasil daripada kerjasama dari Zhongsheng, China. Model asal jentera ini adalah Atlas.

One Comment

Leave a Reply