Husqvarna Merancang Untuk Memperkenalkan Enjin Dua Lejang Dengan Suntikan Bahanapi Untuk 2018

  • Dua model dua lejang Husqvarna akan dilengkapi dengan teknologi suntikan bahanapi mereka
  • Model tersebut adalah Husqvarna TE 250i dan juga Husqvarna TE 300i

Berita terkini; Husqvarna sedang membangunkan beberapa enjin dua lejang mereka yang popular dengan teknologi suntikan bahanapi bagi tahun 2018.
Dengan trend terkini yang terjurus ke arah perolehan lebih banyak kuasa dan kecekapan, tidak menjadi kejutan yang pengilang motosikal Sweden ini menurut langkah yang diambil oleh rakan mereka dari Austria, KTM.

Menurut pengilang yang terkenal itu, model terbaru 2018 mereka, motosikal ‘enduro‘ Husqvarna TE 250i dan Husqvarna TE 300i akan menampilkan teknologi suntikan bahanapi pengilang Sweden tersebut. Ini bermakna kedua-dua buah motosikal ini berada dalam kategori yang sama dengan jentera suntikan bahanapi KTM pada tahun hadapan.

TE 300

Seperti yang telah kita ketahui, KTM telah membuat pengumuman yang sama pada pertengahan bulan Mac lalu. Dalam pengumuman mereka, KTM akan
menggunakan teknologi ‘Transfer Port Injection‘ dalam tiga model dua lejang mereka yang popular; KTM 250 EPX TPI, KTM 300 EXC TPI, dan untuk KTM
XC-W TPI bagi pasaran Amerika Utara. TEKAN SINI untuk membaca semula pengumuman KTM tersebut,

Satu lagi aspek mengapa kedua-dua pengilang ini memilih untuk menggunakan suntikan bahanapi ialah untuk mematuhi peraturan emisi Euro4. Dengan rancangan untuk menghidupkan dan mengembalikan populariti jentera dua lejang, motosikal bukan hanya sesuai untuk kegunaan ‘off-road‘ malah ia juga sesuai untuk kegunaan atas jalanraya(jika teknologinya secekap yang digambarkan).

Husqvarna 701 Supermoto 2017

Selangkah di hadapan pengilang Jepun seperti Honda dan Yamaha, Husqvarna dan KTM telah menimbulkan minat sedikit demi sedikit di pasaran Eropah
namun disebabkan ianya masih awal dalam tahun ini, kami tidak akan terkejut jikalau pengilang Jepun juga menyusul dengan trend ini (dan kita sedia maklum
betapa pantas dan cekapnya mereka apabila mereka memulakan sesuatu).

Buat saat ini, tiada berita yang lebih terperinci mengenai usaha ini dari pengeluar motosikal Sweden tetapi sebarang berita dan perkembangan akan disiarkan kepada orang awam pada suatu masa nanti di pertengahan tahun kelak. Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia motosikal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.