Cub Prix: OD Racing menandatangani Izam Ikmal Izamli di bawah kategori ‘Wira’

 

 

  • Penunggang berusia 15 tahun Izam Ikmal Izamli sedang bertanding dalam Petronas AAM Malaysian Cub Prix dan KTM RC Cup untuk tahun 2017
  • Upacara penandatanganan rasmi telah diadakan sebelum pelancaran rasmi kereta GT3 baru pasukan perlumbaan itu dan para pemandunya untuk siri
    perlumbaan tahun ini


Sebelum pelancaran rasmi kereta GT3 terbaru dan pemandu-pemandunya yang diadakan di Zouk pada Ahad lepas, OD Racing telah memeterai perjanjian
dengan SK Pro Racing sebagai penaja utama untuk penunggang Cub Prix mereka, Izam Ikmal Izamli yang berusia 15 tahun. Izam Ikmal sedang aktif
bertanding dalam Kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix untuk musim tahun ini.


Perjanjian ini dimeterai dengan upacara penandatanganan di antara pasukan dan penunggang pada petang Ahad di hadapan Zouk, Kuala Lumpur. Lokasi ini
dipilih untuk majlis pengenalan jentera perlumbaan terbaru OD Racing untuk tahun 2017 iaitu Audi R8 GT3. Mereka juga memperkenalkan dua pemandu baru yang akam mengemudi jentera baru tahun ini iaitu Mitch Gilbert dan Aditiya Patel.

Dengan sokongan dari OD Racing, pasukan SK Pro Racing bersama pasukan PB2R Racing akan lebih bersemangat untuk mencapai keputusan yang lebih
baik dan pada masa yang sama, mengasah bakat muda yang mereka ada dalam industri perlumbaan. Pada masa kini, penunggang bernombor 24 itu sedang berada dalam kedudukan mengutip mata dalam Malaysian Cub Prix setelah menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 pada minggu lalu di Tangkak, Johor.

Sumber Imej : KTM RC Cup

Izam Ikmal juga sedang bersaing dalam KTM RC390 Cup 2017, yang pertama di Malaysia. Selepas pusingan pertama pada pertengahan bulan lalu,
penunggang berusia 15 tahun berasal dari Kuala Lumpur ini berada di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan dengan 36 mata, hanya 14 mata terpisah
di belakang pendahulu kejohanan, M. Ibrahim Mohd Norrodin.

Sumber Imej : KTM RC Cup

Seperti yang disedari sesetengah pembaca sekalian, KTM RC Cup ini diadakan bersempena dengan Kejohanan Superbike Malaysia Pirelli dengan
perlumbaan ‘one make‘ meliputi lima pusingan berbeza secara keseluruhan sepanjang tahun. Kesemua perlumbaan akan diadakan di Litar Antarabangsa
Sepang (SIC).

Teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini motosikal.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply