Pratonton Skuter Terbaru SYM, Cruisym 300i!

Pada bulan November tahun lalu, kami telah melaporkan yang SYM Malaysia, yang diwakili dalam negara oleh M Force Bike Holdings Sdn Bhd akan
menawarkan model Cruisym 300i pada suatu masa dalam tahun ini. Masanya telah pun tiba dan kami telah dijemput untuk ke Seberang Jaya, Pulau Pinang
untuk satu acara pratonton skuter maxi terbaru ini.


Sebelum ini, kami telah melaporkan yang Cruisym 300i akan mula dipasarkan pada satu masa dalam suku kedua tahun ini, namun selepas puas kami mengintip dan cuba mengorek rahsia dari kakitangan syarikat, tiada sebarang tanda lagi tentang bila skuter ini akan dipasarkan secara rasmi. Tetapi memandangkan hanya ada dua model Cruisym yang telah berjaya memasuki pasaran tempatan, besar kemungkinan ianya hanya akan tiba selepas suku kedua berlalu.


Untuk harganya pula, tiada sebarang tanda lagi namun begitu kami menjangkakan yang model Cruisym 300i ini tidak akan melebihi harga RM23,000. Pada tahun lalu, satu keterangan akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan menyatakan bahawa jangka harga model ini adalah antara RM15,000 sehingga Rm20,000, namun semenjak itu, Donald Trump telah menjadi Presiden Amerika Syarikat dan nilai matawang Ringgit semakin lemah berbanding US Dollar, jadi ramalan tahun lepas tidak lagi relevan untuk sekarang.

Spesifikasi – Model Cruisym 300i ini dijana oleh enjin dingin-cecair, empat lejang, satu silinder SOHC 278.3cc. Pengeluaran kuasanya dinilai pada 27hp dan 27.3Nm tork, manakal berat keseluruhannya ialah 198kg dan kelajuan tertinggi melebihi 130km/j. Dan tidak seperti skuter maxi keluaran Taiwan yang lain, Cruisym tidak dilengkapkan dengan pengekang kelajuan. Enjinnya telah digandingkan dengan transmisi automatik CVT dan juga dengan penegang automatik.

Kerangka skuter maxi ini diperbuat daripada ‘underbone‘ paip besi sementara suspensinya pula terdiri daripada ‘fork‘ teleskopik dengan ruang gerakan
sehingga 88mm untuk bahagian hadapan, dan untuk bahagian belakangnya pula dilengkapi dengan spring berkembar boleh laras besertakan ‘unit swing
dengan ruang gerakan sehingga 92mm. Cakera brek di bahagian hadapan dan juga belakang membekalkan daya henti skuter ini dan ianya dibantu dengan
ABS, sementara itu, tangki bahan api 12 liter akan memberikan jarak yang bagus kerana penggunaan bahan api dinilai pada lebih daripada 38 kilometer untuk setiap liter bahan api.

Rodanya adalah buatan aluminium dan bersaiz 14 inci dilitupi dengan tayar 120/70-14 55P untuk bahagian hadapan dan 13 inci dengan tayar 140 60/13 63P untuk tayar belakang.

Model Cruisym 300i ini adalah antara yang sedap dipandang mata dalam kesemua skuter yang berada di pasaran buat masa sekarang dengan pelana yang besar dan selesa serta rupanya yang agresif dan ‘sporty‘. Lampu LED nyalaan siang tampak hebat, dan lampu signal dan lampu belakangnya juga merupakan lampu LED.

Terdapat banyak ruang pada ruangan simpanannya kerana ruangan simpanan bawah pelana dapat menyimpan dua helmet ‘half shell‘. Ia juga ada port USB,
bagi memudahkan pengecasan sebarang gajet yang boleh dicas melalui port USB.

Kami akan menyampaikan lebih banyak lagi maklumat tentang Cruisym ini pada masa akan datang sebaik sahaja kami dapatkannya, dan jika anda sedang
mencari sebuah skuter maxi, model ini mungkin sahaja berbaloi untuk penantiannya.

Maklumat dan gambar tambahan ada di sini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

17 Replies to “Pratonton Skuter Terbaru SYM, Cruisym 300i!”

Leave a Reply