Ride For Jalil – Tunggangan Amal Untuk Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor

  • Konvoi ‘Ride For Jalil’ akan diadakan dari 29 April 2017 hingga 30 April 2017
  • Dengan matlamat meningkatkan kesedaran awam tentang kanser dan mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
  • Lebih 700 motosikal berkuasa besar disasar untuk menyertai konvoi dari Muar ke Johor Bahru dengan lima hentian di antaranya ketika acara dua hari itu


Pra acara ‘Ride For Jalil’ telah dilancarkan pada hari sabtu bersempena dengan Johor Bike Week. Acara dan pelancaran pra acara telah dimuliakan dengan
kehadiran Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor di Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru.

 

‘Ride For Jalil’ adalah satu konvoi amal yang akan dijalankan dari 29 April 2017 sehingga 30 April 2017. Konvoi amal ini akan diketuai oleh Tunku Panglima
Johor dalam usaha mengumpul lebih daripada 700 buah motosikal berkuasa besar dari seluruh negeri bagi menyokong Yayasan Kanser Tunku Laksamana
Johor (TLJCF), satu yayasan yang diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor.

Tujuan utama untuk acara amal ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kanser dan mempromosikan TLJCF sebagai perantaraan bantuan bagi pesakit kanser dan keluarga mereka dan juga untuk meraih dana bagi yayasan tersebut sepanjang acara dua hari berkenaan.

Konvoi ‘Ride For Jalil’ akan melibatkan perjalanan ke lima daerah sepanjang penunggangan satu hari dan akan meliputi jarak keseluruhan sekitar 273km. Konvoi akan bermula dengan pendaftaran di Dataran Tanjung Emas, Muar sebelum menuju ke Dataran Tasik Kluang melalui Parit Sulong, Pekan Yong Peng, dan Pekan Ayer Hitam. Konvoi akan meneruskan perjalanan mereka ke Litar Pasir Gudang melalui Kota Tinggi. Ketika di Litar Pasir Gudang, para penunggang akan dihadiahkan pengalaman istimewa membuat pusingan terakhir di Litar Pasir Gudang yang tersohor sebelum ianya ditutup bagi tujuan pembaharuan.

Sepanjang perjalanan ini, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor akan melawat rumah para pesakit kanser untuk memberi sokongan moral dan juga sumbangan kepada mereka. Konvoi ini akan menamatkan perjalanannya di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Selain daripada hiburan, tujuan utama acara ini ialah untuk mendedahkan dan berkongsi maklumat dengan orang awam berkenaan kanser, supaya para
hadirin dapat menambah maklumat mahu pun memberi sumbangan melalui pameran tentang kanser, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan
pencegahan percuma, dan ujian saringan percuma di Galeri TLJCF yang akan memberi manfaat kepada orang awam terutamanya bagi pesakit kanser
dan keluarga mereka. Orang awam juga dapat menyumbang pada program amal ini dengan memberi sumbangan ketika aktiviti ria amal.

Pada hari berikutnya, akan diadakan satu makan tengahari amal di Grand Ballroom, Renaissance Hotel, Johor Bahru untuk meraikan semua yang terlibat
dengan acara ‘Ride For Jalil’ dan mengumpul dana melalui satu lelongan yang akan diadakan bagi menambahkan lagi sumbangan untuk TLJCF.

” Kami amat berbesar hati ingin menjemput semua ahli keluarga komuniti motosikal untuk menyertai kami dan melibatkan diri untuk tunggangan amal ini. Selain daripada peluang untuk berjumpa rakan taulan baru dan menikmati tunggangan ini, kami juga terlibat sebagai dalam sumbangan kami untuk meraih dana untuk pesakit kanser di bawah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” ujar En. Nageb Abd Majid di pelancaran awal Johor Bike Week hari ini.

Tambah beliau, “Kami berada di sini hari ini untuk memulakan pendaftaran untuk acara berkenaan, mensasarkan penglibatan 700 motosikal berkuasa besar sepanjang tunggangan dua hari itu. Dengan sumbangan minimum RM200, mereka akan mendapat lebih banyak sebagai balasan seperti penginapan, makanan, minuman, hadiah serta pengecualian cukai. Jadi, jangan melepaskan peluang ini untuk menyertai kami dalam memberi sokongan dalam melawan kanser”.

Bagi membuat pendaftaran atau maklumat lanjut sila hubungi sekretariat untuk ‘Ride For Jalil’ di talian +6012-245 8857/+6012-588 5548.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]