“Recall” kepada motorsikal Yamaha YZF-R25

  • Notis rasmi dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia

  • Pelan “recall” suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket)

Perhatian kepada semua pemilik Yamaha YZF-R25. Yamaha Motor Co. Ltd. (Jepun) baru sahaja membuat pengumuman untuk sebuah pelan “recall” kepada motorsikal Yamaha YZF-R25. Ini kerana terdapat isu dengan dua komponen motorsikal tersebut iaitu suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket).

Ini merupakan notis dari HLYM berkenaan isu tersebut dan untuk memastikan servis selepas jualan sentiasa berada di paras optimum, mereka akan mengeluarkan pengumuman yang lain tentang bagaimana pelan “recall” ini akan dijalankan untuk memastikan ia berjalan dengan sempurna bagi semua pemilik motorsikal Yamaha R25.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web utama HLYM Malaysia atau rujuk kepada pengedar-pengedar utama Yamaha. Gambar dibawah merupakan notis yang telah dikeluarkan berkenaan isu pelan ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]