Promosi Ducati “Red Weekend”, 7-8 Januari 2017

Ducati akan menganjurkan satu promosi “Red Weekend” yang hebat hari ini dan esok (7-8 Januari 2017) bertempat di ruang pameran Ducati Kuala Lumpur, Naza Automall Petaling Jaya dan juga pusat-pusat pengedar Ducati di seluruh negara.

Bagi yang berminat pada Ducati Panigale 959, Monster 821, Multistrada 1200 Enduro, Hypermotard 939 ataupun Scramber Ducati (Icon dan SixtyTwo), boleh berkunjung dan lihat promosi “Red Weekend” hanya pada hujung minggu ini sahaja.

Anda juga berpeluang untuk mencuba motorsikal-motorsikal Ducati tersebut dalam sesi “test ride” sewaktu promosi ini dijalankan. Terdapat juga banyak tawaran menarik bagi motorsikal Ducati, aksesori, barangan, pakaian dan juga alat ganti.

Para pengunjung juga akan disambut dengan hiburan muzik langsung dan makan minum. Bagi semua peminat jenama Ducati ini, anda dijemput ke acara promosi pertama Ducati bagi tahun 2017 di semua pusat-pusat pengedar Ducati di seluruh negara.

Pusat pengedar yang mengambil bahagian dalam acara promosi hujung minggu ini adalah Ducati Kuala Lumpur, Ducati Penang, Ducati Sungai Buloh dan Ducati Johor. Promosi “Red Weekend” akan berlangsung hari ini dan esok dari jam 10.30 pagi hingga 3 petang.

Sempena Ducati “Red Weekend”, majlis penyampaian hadiah utama bagi acara ‘Merdeka Autofair Spend and Win’ iaitu sebuah Ducati Panigale 1199 ABS WSBK Livery akan disampaikan kepada pemenang bertuah. Lima unit Vespa LT150 juga akan diberi kepada pemenang-pemenang yang lain sebagai hadiah saguhati.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]