2017 Benelli TnT135 dilancarkan di Malaysia – RM7,990 (asas)

BENELLI Malaysia melancarkan model baharu di dalam barisan keluarga Benelli iaitu TnT135 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

BENELLI TnT135 serba baru menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap pada semua jenis keadaan jalan raya. Enjin ini mampu menjana 12.6hp @ 9,000RPM dengan daya kilas maksimum pada 10.8Nm @ 7,000RPM.

2017 Benelli TnT135

“Meskipun model TnT135 ini dikategorikan sebagai motosikal mini, dari segi hamburan kuasa ia tidak mengecewakan. Dengan kawalan kuasa di tangan dan ketangkasan yang mudah dikawal, saya yakin motosikal baru ini mampu menakluki keyakinan dan naluri penungganya nanti” kata Low Kin Yong Pengurus Besar BENELLI Malaysia.  

Banyak ciri menarik ditampilkan pada BENELLI TnT135 ini dan menjadi harapan BENELLI agar ia dapat memenuhi citarasa para pemiliknya nanti bagi kegunaan harian.

Paparan meter TnT135 adalah kombinasi analog dan digital yang disertakan dengan jam digital yang membantu anda melihat masa perjalanan anda.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pemasaran BENELLI, Dante Richard Bustos, Pengerusi BENELLI Malaysia, On Thiam Chai dan Pengarah Eksekutif BENELLI Malaysia On Hai Swee.

Benelli TnT135 serba baru didatangkan dengan ciri-ciri berikut:

1) Mendapat status pensijilan penuh kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan .

2) Pensijilan Euro 4

3) Gear 5 kelajuan untuk tunggangan menarik dan lancar sehingga tahap maksimum.

4) Fork terbalik bersaiz 41 mm memberi kestabilan dan keselesaan ketika menunggang.

5) Sistem sensor ekzos oksigen ‘catalytic converter’ direka bagi mengeluarkan bunyi yang sporty untuk keriangan tunggangan.

6) Lampu depan LED direka dengan menarik bagi membolehkan cahaya terang dan lebih jelas ketika tunggangan siang atau malam.

7) Cakera brek depan bersaiz 220 mm dengan dua piston caliper bagi mengukuhkan cengkaman ketika membrek sebagai keselamatan tambahan.

Model ini didatangkan di dalam dua warna pilihan dan grafik yang menarik iaitu Merah dan Putih dengan harga RM7,990 (asas tidak termasuk GST).

Spesifikasi Teknikal 2017 Benelli TnT135

 

Ia dijangka berada di pasaran menerusi semua pengedar bertauliah BENELLI di seluruh negara mulai Disember ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply