2016 Honda EX5 Dream FI Edisi Terhad dalam warna Krom Logam – RM4,874.94 termasuk GST

frontview-large

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda EX5 Dream FI edisi terhad dengan warna baru iaitu Krom Logam (Metal Chrome). Warna ini nampaknya sungguh moden dan cukup menarik dengan gandingan warna kelabu dan hitam. Bingkai lampu ini dikemaskan dengan warna krom yang cukup berkilau dan nampak mewah. 

backview-large

Kesan krom ditambah juga kepada bar pemegang belakang dimana biasa berwarna hitam, tapi kali ini warnanya krom berkilau-milau.

wheel-large

Bagi memuatkan tayar yang lebih lasak tanpa tiub, Honda EX5 Dream FI ini dilengkapi dengan rim sukan berwarna hitam 5-batang yang mungkin akan jadi satu barangan ‘rare’ jika rim sukan ini juga edisi terhad.front_nolight-large

Bentuknya yang masih mempunyai aura EX5 klasik namun dengan teknologi suntikan bahanapi yang menggantikan karburetore membolehkan jentera ini menepati piawaian emisi yang moden.

ex5-krom1

Biarlah apa orang kata, dengan harga RM4,874.94 termasuk GST, ini mungkin jentera dengan sistem suntikan bahanapi dengan harga yang rendah.

ex5-fi-krom2

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]