Yamaha Xabre 150 (2016) dilancarkan di Indonesia oleh Valentino Rossi – Rp 29.8 juta (RM9,133.60)

2016-Yamaha-Xabre-150-Rossi-Indonesia-001

Yamaha Indonesia (YIMM) membawakan Valentino Rossi ke Bali khas untuk melancarkan model terbaru dalam segmen 150cc iaitu Yamaha Xabre 150.

Yamaha Xabre 150 merupakan model yang sama dengan model Yamaha M-Slaz 150 yang telah dilancarkan di Thailand pada Disember 2015. Mengikut perkiraan kami pada awalnya, kami menjangkakan model ini harus akan sampai ke Indonesia kerana pasaran di Indonesia adalah sangat besar (±8 juta jualan motosikal per tahun bro!) dan kami berpendapat namanya adalah MT-15. 2016-Yamaha-Xabre-150-Rossi-IndonesiaIni adalah kerana di Thailand, M-Slaz 150 datang dengan slogan “Slash Your Darkness”. Ini adalah seiring dengan slogan siri MT yang menggunakan perkataan “Dark”. Yamaha MT-09 hadir dengan slogan “Discover Your Darker Side”, MT-07 dengan slogan “Rise Up Your Darkness” dan MT-10 “Ray of Darkness”. Dengan banyaknya perkataaan “Dark” ini, mungkin karakter yang paling sesuai untuk motosikal ini adalah Darth Vader atau Kylo Ren atau Darth Maul atau sesiapa saja dalam “Dark Side”.

2016-Yamaha-Xabre-150-IndonesiaEnjin Xabre 150 berpendingin cecair dengan aci sesondol tunggal 4-lejang satu silinder. Diameter dan langkah sedikit “overstroke” dengan 57.0 x 58.7 mm yang mampu memberikan kuasa sebanyak 12.0kW (16.09hp) pada putaran enjin 8,500RPM. Daya kilas maksima pula pada 14.3Nm pada 7,500RPM.

Kapasiti tangki petrol pula pada 10.2L yang mana lebih kecil daripada FZ-150i pada 12.0L. Penjimatan yang baik dengan sistem suntikan bahanapi pada kedua-dua motor ini dapat memberikan kelegaan kepada anda kerana bezanya cuma 1.8L.

Transmisinya hadir dengan 6-kelajuan dengan konfigurasi 1-N-2-3-4-5-6. Ini dapat memberikan “overdrive” kepada enjin dan ini akan memberikan lebih penjimatan dan juga lebih kawalan terhadap putaran enjin dengan daya kilas yang diperlukan oleh penunggang.

Harga Yamaha Xabre 150 adalah Rp 29,8 juta atau RM9,133.60 (tukaran terus).

Tidak dapat dipastikan samada Xabre 150 akan hadir ke Malaysia atau tidak.

Spesifikasi Yamaha Xabre 150 (2016)

DIMENSI

P X L X T

1959mm X 795mm X 1065mm

JARAK SUMBU RODA

1350mm

JARAK TERENDAH KE TANAH

164mm

TINGGI TEMPAT DUDUK

805mm

BERAT ISI

135 kg

KAPASITAS TANGKI BENSIN

10.2 L

MESIN

TIPE MESIN

4 Langkah berpendingin cairan, SOHC

JUMLAH / POSISI SILINDER

Silinder tunggal / Tegak

DIAMETER X LANGKAH

57,0 x 58,7 mm

PERBANDINGAN KOMPRESI

10,4 : 1

DAYA MAKSIMUM

12.0 kW/8500 rpm

TORSI MAKSIMUM

14.3 Nm/7500 rpm

SISTEM STARTER

Elektrik starter

SISTEM PELUMASAN

Basah

KAPASITAS OLI MESIN

Total = 1,15 L ;

Berkala = 0,95 L ;

Ganti filter oli = 1,00 L

SISTEM BAHAN BAKAR

Fuel Injection

TIPE KOPLING

Basah, Kopling manual , Multiplat

TIPE TRANSMISI

Constant mesh 6-kecepatan

POLA PENGOPERASIAN TRANSMISI

1-N-2-3-4-5-6

RANGKA

TIPE RANGKA

Diamond

SUSPENSI DEPAN

Teleskopik

SUSPENSI BELAKANG

Swingarm

BAN DEPAN

110/70-17M/C 54S

BAN BELAKANG

130/70-17M/C 62S

REM DEPAN

Single disc brake

REM BELAKANG

Single disc brake

KELISTRIKAN

SISTEM PENGAPIAN

TCI

BATTERY

GTZ4V / YTZ4V

TIPE BUSI

NGK/CR9E

Sumber: http://www.yamaha-motor.co.id/newsdetail/archive/2016/january/article/valentino-rossi-buka-selubung-xabre-pelopor-tren-baru-drifting-riding-style-di-indonesia-dare-y.html

151 Replies to “Yamaha Xabre 150 (2016) dilancarkan di Indonesia oleh Valentino Rossi – Rp 29.8 juta (RM9,133.60)”

  1. Aku pengguna setia YAMAHA. Pernah ada moto 100, SRX, Lagenda dn sekarang 135LC. next plan nak beli R25. kalau ada moto Yamaha keluaran baru d luar Malaysia, aku cuma mampu tengok. nak beli baik tak payah. takkan ada pun dijual d Malaysia. sbb Malaysia ni jauh ketinggalan berbanding negara lain. Cukai pun membunuh.

  2. Di Malaysia, mana boleh bawa masuk M -slaz ini.

    Banyak cronies ( TnT, naza…etc)akan complain dan tak dapat cari makan. Kalau bawa masuk pun, rakyat yang kena bayar lebih ( tax tinggi) untuk menjaga product mereka.

    Kawa 250Z kat Thailand jual rm 15k tapi sampai Malaysia jual rm 21k. Banyak lagi.

    Ketuaan cronies akan menrugikan rakyat . ha-ha.

  3. Di Malaysia, mana boleh bawa masuk M -slaz ini.

    Banyak cronies ( TnT, naza…etc)akan complain dan tak dapat cari makan. Kalau bawa masuk pun, rakyat yang kena bayar lebih ( tax tinggi) untuk menjaga product mereka.

    Kawa 250Z kat Thailand jual rm 15k tapi sampai Malaysia jual rm 21k. Banyak lagi.

    Ketuaan cronies akan menrugikan rakyat . ha-ha.

    1. Masuk x masuk tu kdg2 beza tang naked dgn fairing. Mcm r15 dgn fz.. R25 dgn MT. Motor sama tp maybe coverset berbeza. Ada orang suka naked, ada orang suka fairing. Keluaran yg x sama jenis tu maybe betul kalo compare dgn populasi.. Tp saya selalu tertanya tanya bg kes dr motor yg sama cuma penampilan berlainan..

    2. Masuk x masuk tu kdg2 beza tang naked dgn fairing. Mcm r15 dgn fz.. R25 dgn MT. Motor sama tp maybe coverset berbeza. Ada orang suka naked, ada orang suka fairing. Keluaran yg x sama jenis tu maybe betul kalo compare dgn populasi.. Tp saya selalu tertanya tanya bg kes dr motor yg sama cuma penampilan berlainan..

    3. Model siri YZF-R agak restricted utk dikeluarkan oleh syarikat subsidiaries…sbb siri ini ibarat motorsport divisyen punye product…sme kes mcm mitsubishi evo yg dihasilkan ralliart…di malaysia yamaha dimiliki oleh hong leong berbanding di thailand dan indonesia yg sepenuhnya milik yamaha…pilihan yg ade hanya model naked…R25 sebenarnya satu kelebihan diberi yamaha utk dipasang dimalaysia kerana permintaan kelas 250cc didominasi kawasaki…yamaha amik peluang pasaran sementara sblm model2 lain masuk…

    1. Market kecik bawak masuk kuantiti agak patut la.. Bkn diskriminasi jenis keluaran.. Jgn salah paham.. Masalahnya skang pengguna ada hak untuk duit depa nk pakai motor apa pn, tp pastikan pihak pengeluar sediakan pilihan.. Ni duit kita, motor bapak depa yg tentukan.. La ni nk pakai r15, kna beli fz pastu beli coverset r15 dr Indonesia. Custom pasang untuk naik kt Malaysia.. Adil?

    2. Org jual motor sebab nk untung. Kalau dah jual, xde yg nak beli (buat apa nk beli yg 150 kalau topup sikit boleh dapat 250). Sparepart semua dan kepakaran semua kn fikir. Nk cuba2, igt xde agreement ke?

      Tu namanya kena tgok dan lihat permintaan lokal. Kajian pun dah dijalankan (buat apa jual motor yg x laku, baik jual y150r). Xfaham jugak? Lu fikirlah sendiri.

    3. Motor tu mmg x patut ada kt dunia ni pn.. X menarik lansung.. Zaman cbr tu pn byk lg motor yg best2. Sapa pegi beli tu mmg x tau nk ckp.. Mmg la minat tu hak masing2.. Tp pegi beli motor yg x sepatutnya jd motor tu sapa suruh.. Ada motor yg best2.. Motor yg permintaan tinggi x semua orang suka pakai bro.. Hati x snang takut hilang sebenarnya bkn takutkan spare parts

    4. Tagline semakin didepan sebenarnya adalah tagline yamaha indonesia…kerana market yamaha indonesia yg besar…same tagline satu hati dr honda….sbb nk masuk market besar indonesia…kenapa market malaysia kecik…tgk pada jumlah jualan….bukan permintaan…sales di indonesia sebulan sme sales setahun dimalaysia…

    5. HLM x abis2 jual RXZ & 125z.. negara maju dah x jual dah.. biar jadi barang Rare.. tengok Kawasaki dari Kapcai, Motard, Dirt, Naked, Skuter, Superbike smua die “belanja” bg pengguna pilih.. HLM x sepatutnye jadi orang tgh Yamaha Malaysia.. keuntungan ada tapi utk kemajuan permotoran Malaysia jauh sama skali…

    6. Itu karena market malaysia kecil. Yamaha ga bakal ambil resiko buat masarin di negara dgn market yg kecil. Indonesia masukin xabre di indonesia dan thailand karena market disana besar dan trmasuk tulang punggung penjualan yamaha. Jadi tidak heran jika xabre bs masuk indonesia.

      Sama halnya dengan Honda.

      Honda indonesia sbntar lagi akan meluncurkan All New CBR150R, All new CBR250RR (Indonesia menjadi pasar pertama) dan Honda Forza untuk menyaingi NMAX.

    7. Bukan pasal market kecil. Orang Malaysia cerdik, apa2 motor keluar kami saja2 bg thai dgn indon pakai dulu.. Kalo mmg ok, baru juai sini. Senang cerita, kalo bg hampa test dulu, kalo ok baru kami pakai.. Dok megah apa org hampa? Tikus makmal ja kot.. Market kecil xdk hal, kami org Malaysia kuasa beli tinggi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.