Adakah ini Honda Supra X 150 – bakal pesaing Yamaha Y15ZR?

Advertisements

2016-Honda-SupraX150-spyshot

Tahun 2015 menyaksikan motosikal di Malaysia dalam kategori moped menerima enjin 150 iaitu Yamaha Y15ZR. Sebelum itu, telah muncul Suzuki Belang R150, namun itu berada dalam kategori yang lain kerana rekaannya yang lebih menyamai Suzuki Akira, Yamaha Speed MX 120 atau Kawasaki Athlete 125.

Setelah dunia moped ditingkatkan dengan enjin berkapasiti 150cc oleh Yamaha, pesaing terbaru datang dari Honda dengan beberapa khabar bahawa Honda akan membawakan versi Supra X dalam varian 150cc. Khabar-khabar ini banyak berlangsung dari tiupan angin dari Indonesia yang lebih terdahulu mendapat maklumat mengenai motosikal.

Dalam gambar diatas, dapatlah kita melihat sedikit rupa sebuah mesin Honda yang dikaitkan dengan Supra X 150. Model ini adalah khas untuk Indonesia kerana terdapat braket pemegang nombor plet diatas reraup depan model tersebut.  

2016-Honda-SupraX150-spyshot2

Meter model ini menggunakan kombinasi analog dan digital yang sememangnya sangat dinantikan oleh peminat motosikal. Keseluruhan rekaan ini sangat sportif dan sesuai untuk motosikal berkapasiti 150cc.

Kehadiran mesin moped 150cc dari Honda adalah amat dinantikan oleh puris-puris Honda di Malaysia dan juga di Asean. Saya juga begitu. Jika harga, teknologi dan prestasinya memberangsangkan, tidak mustahil, ini akan menjadi kebangkitan semula Honda dalam dunia moped di Malaysia dan Asean.

Selari dengan khabar dari Mekanika bahawa Malaysia akan menerima Honda Sonic 150R, adakah model ini yang sebenarnya akan kesini?

Sos: Motoblast

93 Replies to “Adakah ini Honda Supra X 150 – bakal pesaing Yamaha Y15ZR?”

    1. Cbr125r utk kluaran eropah pn guna enjin sohc jgk tp kaburetor Fi. Apapn kn tunggu masuk m’sia. Jgn jd mcm cbr150 sudahla, ambil terus dr siam bkn honda boon siew assemble sbb tu spare part susah dpt. Nasib baik enjin tahan lasak. Dh guna over 160K km tp enjin msh mantop…

  1. Model moped terbaik dari honda, dulu kini dan selamanya. Honda ex5. Segalanya terbaik. Harga xpernah jatuh. Motor yg dah berumur 20 thn pun org masih minta beli dgn harga rm2.5k. Kalau p kedai 2nd hand, yg lama lg mahal dr ex5 dream. Aku bercakap dr pengalaman aku nak cari ex5 2nd hand

      1. sy pakai honda future for 1 yr sudden off dua kali top speed 90
        +. lepas tu tukar hondad spacy pagi tak boleh start kick start pun tak blh. ha ha honda honda. skg pakai yamaha ego lc jimat minyak, top speed pun 100 lebih.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.