Modenas CTric Launching on 16th June 2011? (UPDATED: It is Launched!)

2011 Modenas CTric Electric Bike Brochure front page

I got this info from a very strong source. I wish I could be at the launch event. Green biking era might just become very real soon. Check out the previous test drive here:  https://motomalaya.net/blog/2011/05/21/2011-modenas-ctric-electric-bike/

UPDATE (16/06/2011): It is launched and the website of Modenas has updated with the CTric model.

2011 Modenas CTric Electric Bike

Available in two colours; green and orange. This is the first bike ever to get approved by RTD (or JPJ in Malay language). I think, in 20 more years, this bike will be talked in the era of no internal combustion engine.

2011 Modenas CTric Electric bike is at RM4,888.00 on the road.

Thanks to Shukri Zakaria for the tip!

Check out the press release in Berita Harian 17th June 2011:

MODENAS lancar motosikal elektrik

MODENAS Ctric dihasilkan di Malaysia dengan 80 peratus komponen tempatan, manakala 20 peratus lagi komponen diimport dari China.

RM4,888 seunit termasuk cukai jalan, insurans

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) menyasar menjual sehingga 500 unit sebulan motosikal elektrik pertama negara berasaskan teknologi hijau yang dikenali sebagai ‘MODENAS CTric’ di pasaran tempatan.

Model yang dilancarkan semalam itu didatangkan dengan dua warna iaitu hijau dan jingga itu dipasarkan pada harga RM4,888 seunit termasuk cukai jalan dan insurans.

Ia turut menarik perhatian pelanggan antarabangsa apabila syarikat berkenaan sudah menerima tempahan 100 unit pertama dari Iran.

Ketua Eksekutifnya, Abd Halim Ismail, berkata penghantaran akan dibuat pada akhir bulan ini dan Iran juga bercadang menempah 200 unit MODENAS CTric pada setiap bulan.

“Selain Iran, negara lain yang turut berminat adalah Korea, Greece serta negara Eropah seperti Poland selain negara Asia seperti Vietnam,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran MODENAS CTric oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Shah Alam, semalam.

Abd Halim berkata, MODENAS CTric turut mencipta sejarah apabila dihasilkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan penggunaan 80 peratus komponen tempatan, manakala 20 peratus lagi komponen diimport dari China.
Sementara itu, Cho Ha berkata, MODENAS CTric adalah motosikal elektrik pertama berjaya mendapat kelulusan piawaian SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Motosikal MODENAS CTric yang berkuasa elektrik sepenuhnya turut dilengkapi lima unit ‘lead acid’ bateri 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano serta boleh dikitar semula seratus peratus selepas tamat tempoh hayatnya.

Bateri yang berkemampuan sehingga 500 kitaran itu juga mempunyai nilai beli-semula dan penggunaan kuasa elektrik sebanyak 1.0 sen bagi setiap kilometer amat berpatutan. MODENAS CTrix turut menggunakan Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh yang kalis air dan mempunyai kuasa 3.60kW atau 80 kilometer sejam serta mempunyai ciri istimewa seperti Gandar Galas Berkelajuan Tinggi, Penderia ‘Honeywell Hall’ dan Pemutar Tanpa Brek.

Unit Kawalan Motor ini juga dilengkapi Penyegerak Kilas Terprogram, Sistem Perlindungan Sarat dan ‘Smooth Digitised Power Switching’ serta Pengecas Pintar yang memerlukan hanya 3.5 jam bagi cas pantas dan lapan jam bagi cas biasa.

Dengan kelajuan purata 30 kilometer sejam, Modenas CTric berupaya mencapai jarak 60km pada setiap cas penuh dan berkemampuan untuk mencapai halaju 70 kilometer sejam serta sesuai diguna mereka yang bergerak dalam radius 30 ke 50 kilometer sehari. – BERNAMA

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “Modenas CTric Launching on 16th June 2011? (UPDATED: It is Launched!)”

Leave a Reply