Motosikal Kembara Yamaha T7 Concept Akhirnya Akan Mula Dikilangkan?

 

  • Video usikan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Yamaha Motors Europe bertajuk “Your adventure awaits” telah membuatkan ramai orang teruja dengan desas desus mengatakan yang Yamaha T7 Concept akan mula dikilangkan.
  • Diperkenalkan pada tahun lalu ketika pertunjukan EICMA Milan, motosikal T7 Concept telah menarik perhatian serta mendapat pujian ramai dengan rupanya yang futuristik dan pada masa yang sama agak lasak, sedia bagi menakluki sebarang bentuk muka bumi.
  • Motosikal konsep yang berfungsi sepenuhnya ini telah membuat beberapa kemunculan namun padaa 6 September 2017, ia mungkin akan membuat kemunculan rasminya sebagai motosikal dwi-sukan middleweight keluaran terbaru dari Yamaha.

Continue reading “Motosikal Kembara Yamaha T7 Concept Akhirnya Akan Mula Dikilangkan?”

Warna Baru Bagi Yamaha Y135LC Dari RM7,167

 

 

 

  • Hong Leong Yamaha Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. (HLYM) telah mengumumkan bahawa motosikal Yamaha Y135LC 2017 terkini mereka akan boleh didapati dalam empat warna yang baru.
  • Empat pilihan warna yang baru bagi generasi terkini Yamaha Y135LC adalah Merah,Biru,Hitam, dan Perak.
  • HLYM telah meletakkan harga bagi Yamaha Y135LC 2017 terbaru ini pada RM7,167.72 (asas beserta GST).

Continue reading “Warna Baru Bagi Yamaha Y135LC Dari RM7,167”

Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

  • Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge.
  • 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017.
  • Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di Jasin, Melaka.

Continue reading “Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!”

Kunjungi Art of Speed Malaysia 2017 & MENANGI MOTOSIKAL BUATAN KHAS YAMAHA RXZ TWINBOSS DRAGSTER INI!

 

  • Acara Art of Speed Malaysia 2017 akan menghadiahkan satu hadiah utama yang cukup istimewa pada hari Ahad ini dalam bentuk sebuah motosikal dragster Yamaha RXZ Twinboss.
  • Motosikal dragster RXZ Twinboss ini dijana oleh dua enjin dua lejang yang bekerja seiring dengan gabungan kapasiti sehingga 270cc yang bersamaan dengan sebuah motosikal lumba empat lejang middleweight dari segi kapasiti.
  • Acara Art of Speed tahun ini akan diadakan dari 29 hingga 30 Julai 2017 di MAEPS Serdang jadi pastikan anda berada di sana sewaktu mereka
    mengumumkan siapakah pengunjung yang bertuah yang boleh membawa pulang si buas ini!

Continue reading “Kunjungi Art of Speed Malaysia 2017 & MENANGI MOTOSIKAL BUATAN KHAS YAMAHA RXZ TWINBOSS DRAGSTER INI!”

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Kini Boleh Didapati Di Malaysia – RM52,000

 

  • Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia telah mengumumkan Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 kini boleh didapati dalam rangkaian motosikal besar mereka.
  • Yamaha MT-09 Tracer yang dipasang dalam negara ini merupakan model motosikal besar Yamaha yang ke-empat yang dipasang di kilang pemasangan Yamaha di Sungai Buloh.
  • Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 ini diletakkan pada harga RM52,000 (asas beserta GST).

Continue reading “Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Kini Boleh Didapati Di Malaysia – RM52,000”

Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3

 

 

  • Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai.
  • Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha NVX Challenge yang telah diubahsuai oleh penunggang lagak ngeri mereka yang dikenali sebagai Gaban.
  • Motosikal yang paling menarik perhatian dipamerkan adalah motosikal Yamaha NVX yang dilitupi dengan warna Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3.

Continue reading “Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3”

Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)

 

  • Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia telah melancarkan motosikal Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia.
  • Motosikal Yamaha NVX ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi futuristik seperti panel meter LED sepenuhnya, sistem mulaan dan hentian, kefungsian Kunci Pintar, dan juga palam pengecas untuk peranti mudah alih.
  • Motosikal NVX serba baru yang berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) ini dinilai pada harga RM10,500 (asas beserta GST) dan akan tersedia dalam tiga warna berbeza; Biru, Merah, dan Hitam.

Continue reading “Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)”

Yamaha MT-10 Tracer: Cap Dagang Baru Mengesahkan Kewujudan Si Buas Ini?

 

 

Continue reading “Yamaha MT-10 Tracer: Cap Dagang Baru Mengesahkan Kewujudan Si Buas Ini?”