Anita Yusof Terima ‘ASIA BOOK OF RECORDS’ atas Pencapaian Tunggangan Wanita Solo Seluruh Dunia

  • Kembara ‘Global Dream Ride’ dari 11.9.2015 hingga 16.9.2016

  • 65,639km merentasi 40 negara dengan Yamaha FZ150i dan kelengkapan GIVI

Duta GIVI, Anita Yusof sekali lagi membanggakan negara dengan menjadi personaliti pertama dari Malaysia untuk menerima anugerah dari ‘Asia Book of Records’ di dalam kategori ‘Tunggangan Solo Seluruh Dunia (Wanita)’. Bermula di Putrajaya pada 11 September 2015, Anita menamatkan pengembaraan solo ‘Global Dream Ride’ nya di Bukit Kayu Hitam pada Hari Malaysia 16 September 2016. Berjaya merentasi 40 negara dan 4 benua, beliau mencatat sejumlah 65,639km secara keseluruhan. Continue reading “Anita Yusof Terima ‘ASIA BOOK OF RECORDS’ atas Pencapaian Tunggangan Wanita Solo Seluruh Dunia”

TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R

  • Tuneboss ECU untuk tiga model motorsikal popular

  • Dibuat oleh FSR Technology, Syarikat 100% milik rakyat Malaysia

  • Produk TuneBoss juga terdapat di Thailand, Philippines, Vietnam, Eropah dan Mexico

FSR Technology baru sahaja melancarkan tiga TuneBoss ECU baru untuk tiga model popular di Malaysia iaitu Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R. Ketiga-tiga ECU baru dari TuneBoss boleh didapati pada hujung bulan ini. Continue reading “TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R”

Motorsikal Terbaik untuk Penjimatan Minyak

Imej dari: springadvertise.co.za
  • Penggunaan petrol rendah untuk penjimatan lebih

  • Senarai kapcai, skuter dan juga skuter elektrik

    Imej dari: drum.co.za

Dengan keadaan harga petrol yang semakin meningkat sejak beberapa bulan lepas, kami di MotoMalaya sedar bahawa lebih banyak peruntukan wang telah digunakan untuk mengisi tangki minyak kereta dan motorsikal. Kami telah mengambil sedikit masa untuk mencari pilihan dan alternatif lain untuk penjimatan lebih untuk perjalanan seharian. Berdasarkan kajian ringkas, kami telah mengumpul satu senarai motorsikal terbaik dari segi penjimatan minyak.

(NOTA: Ini adalah senarai secara rawak dan bukan mengikut kedudukan atau “ranking”. Keputusan akan berbeza bergantung kepada petrol, keadaan motor, cara tunggangan dan lain-lain.) Continue reading “Motorsikal Terbaik untuk Penjimatan Minyak”