WorldSBK: Hafizh Bakal Uji Honda CBR1000RR-R Januari Depan

Hafizh Syahrin bakal mengorak langkah sulung dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) bersama MIE Racing Honda Team, Januari depan di Sepanyol. Bekas pelumba Moto2 negara itu bersama-sama rakan sepasukan Leandro Mercado bakal menguji jentera Honda CBR1000RR-R. “Saya tidak pernah bawa jentera ini, ujian mungkin pada hujung Januari atau awal Februari di Sepanyol,” jelasnya. Sementara itu, dalam…

15 Marshal Perlumbaan Malaysia Ke Litar Mandalika Bantu Jayakan WorldSBK

Seramai 15 marshal perlumbaan dari Malaysia bakal berangkat ke Indonesia eso bagi membantu menjayakan pusingan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) yang akan berlangsung di Litar Mandalika, hujung minggu ini. Litar serba baharu yang turut dirasmikan Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini terpalit dengan pelbagai masalah antaranya terbaru, pusingan ketiga Asian Talent Cup (ATC) terpaksa dibatalkan minggu…

RASMI: Hafizh Syahrin Ke WorldSBK 2022 Bersama MIE Racing Honda Team

Pasukan MIE Racing Honda Team dengan rasminya mengumumkan Hafizh Syahrin sebagai pelumba pasukan itu bagi menghadapai saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022. Hafizh bakal digandingkan bersama Leandro ‘Tati’ Mercado, yang turut diumumkan sebagai pelumba rasmi musim depan selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan musim ini. Pelumba negara itu bakal memulakan karier baharu selepas disahkan akan meninggalkan pentas…

Hafiz Syahrin Ke WorldSBK 2022 Bersama MIE Racing Honda Team?

Hafizh Syahrin telah pun disahkan meninggalkan saingan Kejuaraan Dunia Moto2 musim depan selepas semusim bersama pasukan NTS RW Racing. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Hafizh dilaporkan bakal sertai Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) musim 2022 bersama pasukan MIE Racing Honda Team. Meskipun tiada pengesahan setakat ini namun, menurut laporan Two Wheels, kedua-dua belah telah pun mengadakan perbincangan…

WorldSBK: Kemenangan Superpole Razgatlioglu Dibatalkan Selepas Protes Kawasaki

Peluang untuk Toprak Razgatlioglu menyapu bersih pusingan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) di Magny-Cours, Perancis, tidak kesampaian apabila kemenangan di Superpole telah dibatalkan gara-gara protes dari Kawasaki. Kawasaki mendakwa pelumba Yamaha itu telah melebihi had litar (track-limit) sewaktu melakukan pintas terhadap Jonathan Rea. Penganjur kemudiannya mengambil masa lebih empat jam sebelum memutuskan protes Kawasaki itu berasas…

WorldSBK: Redding Berpindah Dari Panigale V4 R Ke M 1000 RR Musim 2022

Scott Redding bakal meneruskan cabaran di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) musim 2022 bersama BMW Motorrad. Pengumuman itu tiba setelah Redding merekodkan kemenangan ketiga musim ini di Most. “Kami berbesar hati menyambut Scott (Redding) ke keluarga WorldSBK kami. Beberapa tahun ini, dia telah membuktikan peningkatan yang baik daripada British Superbike (BSB) ke WorldSBK dan menjadi pelumba…

6 Kali Juara Dunia WorldSBK Jonathan Rea Akhirnya Dapat Lesen Motosikal

Pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Jonathan Rea, akhirnya berjaya mendapatkan lesen motosikal awam yang sah. Siapa sangka, Rea yang juga juara dunia enam kali WorldSBK dengan 103 kemenangan, 194 podium, 30 petak pertama dan 82 lap terpantas baharu sahaja selesai mendapatkan lesen motosikal di usia 34 tahun. Perkara itu didedahkan Rea sendiri menerusi saluran YouTube…

WorldSBK: Razgatlıoğlu Tandatangan Kontrak Lanjutan Dua Tahun Bersama Yamaha

Toprak Razgatlıoğlu akan terus kekal bersama Yamaha di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) setelah menandatangani kontrak lanjutan dua tahun. Razgatlıoğlu dianugerahkan kontrak lanjutan setelah menampilkan prestasi cemerlang sejak menyertai pasukan itu pada 2020. Pelumba kelahiran Turkey itu merekodkan kemenangan sulung dalam penampilan pertamanya dengan jentera R1 di Philip Island sebelum melakar dua lagi kemenangan untuk menduduki…

Peluang Ke MotoGP Sudah Terkubur – Jonathan Rea

Jonathan Rea mengakui peluang untuk beraksi di MotoGP sudah pun ditutup meskipun mendominasi Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dengan enam kejuaraan berturut-turut. Keputusan berhijrah ke Kawasaki Racing Team (KRT) selepas beberapa musim bersama Honda ternyata membuahkan hasil apabila gandingan Rea bersama jentera ZX-10RR menghadirkan kejayaan berganda. Dia kini memegang status selaku enam kali juara WorldSBK selepas…