2017 Suzuki V-Strom 250

Setelah memperkenalkan jentera sukan 250cc, GSX-250R, Suzuki terus menyertai saingan dalam kategori jentera kembara 250 dengan adanya Suzuki V-Strom 250. Kehadiran jentera kembara dalam kategori 250cc sangat ditunggu oleh peminat motosikal terutamanya di Asia kerana had lesen yang dibahagikan mengikut kapasiti enjin sehingga 250cc. Selain itu juga, pilihan dalam kategori 250cc biasanya hanya model sukan (sport)  atau model jalanan (naked street). Contoh jentera sukan dan jalanan yang sedia ada di Malaysia termasuklah Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Z250SL,  Yamaha YZF-R25 dan Honda CBR250R.

Suzuki V-Strom 250 hadir dengan enjin 248cc selari berkembar yang mampu membawa anda sejauh 496km dengan satu tangki penuh.  Enjin ini telah dioptimumkan untuk perjalanan dalam kelajuan 12 –  55mph (20-88kpj) dimana ini adalah kelajuan biasa yang ditunggang oleh pengguna jentera kembara. Kalau nak lagi laju, maka anda perlu tunggang jentera sukan.  Continue reading “2017 Suzuki V-Strom 250”