Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Triumph Bonneville T100 Black adalah sebuah motosikal moden retro yang telah dilegapkan. Kuasa yang lancar dan pengendalian yang mudah dijangka adalah ciri terbaik motosikal ini. Tidak menakutkan, mudah dan seronok untuk ditunggang.
Tag: T100
Triumph Fast Bikes Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara istimewa, “Triumph Try Day” pada hari Sabtu ini (20 Mei 2017) dari jam 9pagi hingga 5petang. Acara Triumph Try Day ini adalah peluang keemasan bagi para penggemar dan peminat Triumph untuk mencuba semua motosikal keluaran mereka termasuklah model-model terbaru 2017. Makanan dan minuman ringan akan disediakan…
Triumph Motorcycles Malaysia akhirnya telah membawa masuk empat motosikal baru untuk 2017; Triumph Bonneville Bobber, Street Scrambler, Bonneville T100/T100 Black dan juga yang dinanti-nantikan motosikal roadster Street Triple RS. Keempat-empat motosikal baru dari Triumph ini telah diletakkan harga bermula RM63,900 sehingga RM75,900. Kesemua motosikal terbaru 2017 sedia untuk ditempah di kedai utama Triumph Motorcycles Malaysia…
Triumph Motorcycles Malaysia baru sahaja mengumumkan harga bagi lima model terbaru untuk tahun 2017. Kesemua model ini akan sampai di tanah air dalam masa terdekat kecuali model Street Triple 800 S yang akan hadir sedikit lambat dari yang lain (dengan harga anggaran dibawah RM50,000). Dibawah adalah senarai model-model 2017 bersama harga mereka.