Video ‘Tribute’ Untuk Motosikal Superbike yang Terhebat dari Akrapovic!

Continue reading “Video ‘Tribute’ Untuk Motosikal Superbike yang Terhebat dari Akrapovic!”

Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!

  • Penunggang kelahiran Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman telah berjaya menduduki tempat di atas podium di tempat ke-dua bersama dengan pasukan Kawasaki Team Green bagi perlumbaan Suzuka 8 Hours 2017 FIM World Endurance Championship pada hari Ahad lalu.
  • Bersama dengan penunggang BSB, Leon Haslam, dan penunggang dari Jepun,Kazuma Watanabe, Team Green merangkul tempat ke-dua dibelakang pasukan Yamaha Factory Racing Team yang membawa pulang kemenangan ke-tiga berturut-turut.
  • Pasukan F.C.C TSR Honda menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan jentera perlumbaan mereka, Honda CBR1000R SP2 yang telah dikemudi oleh Randy de Puniet, Dominique Aegerter dan Josh Hook.

Continue reading “Suzuka 8 Hours 2017 – Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!”

Tunggang Uji Istimewa Suzuki di Litar Kart Antarabangsa Sepang – 29 dan 30 Julai 2017

  • Suzuki Assemblers Malaysia akan menganjurkan satu sesi tunggang uji istimewa Suzuki pada hujung minggu ini pada 29 dan 30 Julai 2017 di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Bagi mereka yang berminat bole turut serta untuk menguji beberapa daripada model motosikal besar Suzuki yang terkini seperti GSX-R1000, GSX-R1000R, VStrom 650 ABS, SV 650 ABS, GSXS 750 ABS, GSXS1000F dan Burgman 400 ABS.
  • Acara ini akan berlangsung pada hujung minggu ini bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang pad hari Sabtu dan Ahad dengan beberapa jenama yang lain yang akan turut serta seperti Arai Helmet, Bike World, AutoBacks dan ramai lagi.

Continue reading “Tunggang Uji Istimewa Suzuki di Litar Kart Antarabangsa Sepang – 29 dan 30 Julai 2017”

Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?

 

 

  • Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017.
  • Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang akan turut serta bertanding; penunggang Moto2 Hafizh Syahrin, penunggang ARRC semasa Azlan Shah, dan juga juara ARRC 2016 Zaqhwan Zaidi.
  • Hafizh Syahrin akan berlumba bersama Team Kagayama di atas jentera Suzuki GSX-R1000, Zaqhwan Zaidi dengan Team Satu HATI di atas jentera Honda CBR1000RR yang terkini, dan Azlan Shah akan berlumba bagi Team Green dan jentera tersohornya Kawasaki ZX-10R.

Continue reading “Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?”