Siri Masterclass Shell Advance Melatih Dan Memberi Ganjaran Kepada Mekanik Motosikal Tempatan

Sekumpulan sembilan mekanik dari AMS Empire Motorsport Sdn. Bhd. bersama pengurus mereka, Siti Sabariah Ismail gembira dapat menghadiri program Masterclass Shell Advance.
  • Siri Masterclass Shell Advance telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada roadshow ‘Outride Anything’ Shell Advance eksklusif buat mekanik motosikal tempatan.
  • Program masterclass ini diadakan bagi membekalkan mekanik tempatan dengan pengetahuan serta tip yang berguna dalam penyelenggaraan motosikal yang betul.
  • Sejumlah tujuh buah video atas talian telah dihasilkan dengan kerjasama dengan Ducati bagi menyediakan para mekanik dengan pengetahuan serta tip berkaitan kemahiran dalam penyelenggaraan brek, penggantian omboh, dan pelbagai lagi panduan yang berguna.

Continue reading “Siri Masterclass Shell Advance Melatih Dan Memberi Ganjaran Kepada Mekanik Motosikal Tempatan”

Roadshow Shell Advance Bermula Hari Ini!

 

  • Roadshow Shell Advance 2017 bermula pada hari ini di Jalan Sentul dan akan meneruskan perjalanannya ke seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak dalam tempoh empat bulan.
  • Terdapat banyak aktiviti yang telah disediakan untuk para pengunjung termasuk acara permainan, hadiah serta tiket MotoGP untuk dimenangi serta peluang bergambar “Elbow Down Challenge”.
  • Roadshow ini juga akan mengadakan sesi ‘masterclass’ bagi para mekanik dan peminat motosikal berkenaan dengan produk Shell Advance yang hebat serta cara penyelenggaraan motosikal yang betul.

Continue reading “Roadshow Shell Advance Bermula Hari Ini!”

Shell Advance Menjelajah Bazar Ramadan Di Lembah Klang

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan, Shell Advance akan berada di tapak di bazaar-bazaar Ramadan utama di sekitar Lembah Klang.

Bermula di bazaar Ramadan yang terkenal di Kampung Baru, tapak Shell Advance akan menawarkan promosi istimewa dan hadiah-hadiah percuma kepada para pengunjung dan pelanggan.

Para pelanggan yang membeli sebarang produk pelincir Shell Advance akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama – bekalan satu tahun minyak enjin, yang bersamaan dengan sekotak besar pelincir (12 botol).

Selain itu, para pelanggan juga diberi peluang untuk ‘memutar roda’, dimana semua orang adalah pemenang. Hadiah yang boleh didapati daripada roda ini termasuklah buah kurma, sekotak minuman ribena, lanyard, beg bertali, dan hadiah yang menjadi rebutan ramai, beg galas Shell Advance.

Memeriahkan lagi sambutan Ramadan ini, Shell Advance juga akan mengagihkan dodol percuma kepada orang ramai, dan juga tuala muka disejukkan.

Gerai Shell Advance ini akan mula dibuka di Kampung Baru pada 27 Mei 2017 dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung bazaar berkenaan. Pada hari pertamanya lagi, para pelanggan telah pun memenangi sejumlah tiga beg galas dan beberapa beg bertali, kurma dan juga lanyard, manakala ratusan pakej dodol telah diagihkan kepada orang ramai.

Gerai Shell ini akan terus berada di Kampung Baru sehingga 4 Jun dan selepas itu akan menuju ke Taman Tun Dr Ismail dan akan bertapak di sana sehingga 11 Jun. Kemudian ianya akan bergerak ke Kelana Jaya dan akan berada di sana dari 12 hingga 18 Jun. Hentian terakhirnya terletak di Kota Damansara dimana ia akan berada di sana bermula dari 19 Jun sehingga 23 Jun.

Berikut adalah ringkasan tarikh bazaar Ramadan Shell Advance:

Kampung Baru: 27 Mei – 4 Jun
TTDI: 5 Jun – 11 Jun
Kelana Jaya: 12 Jun – 18 Jun
Kota Damansara: 19 Jun – 23 Jun

Shell Advance Lancar Minyak Pelincir Khas untuk Skuter

  • Dua minyak enjin Shell Advance & minyak gear

  • Dirumus khas dengan Teknologi PurePlus and Active Cleaning

  • Penambahbaikan pembersihan dan prestasi enjin

Shell Advance telah melancarkan barisan minyak pelincir enjin khas untuk skuter hari ini. Pelancaran telah diadakan di Shell Batu 3, Shah Alam. Barisan minyak pelincir dan minyak gear terbaru dari Shell Advance adalah Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40, Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance. Barisan baru ini telah ditambahkan pada Shell Advance 4T AX5 Scooter 15W-40 yang telah ada di pasaran sejak 2014. Continue reading “Shell Advance Lancar Minyak Pelincir Khas untuk Skuter”

Rekod tercatat di Shell Malaysia MotoGP™ 2016

2016 Shell Malaysia MotoGP™ baru sahaja berakhir beberapa minggu yang lalu dan ia merupakan acara yang menakjubkan bagi semua peminat MotoGP dan juga Shell Advance.

a-yamaha-club-member-happily-took-up-the-shell-advance-ride-thru-oil-cha

Pelumba Ducati Corse, Andrea Dovizioso, telah memenangi perlumbaan di Sepang International Circuit (SIC) setelah 7 tahun tanpa kemenangan. Ia merupakan perlumbaan yang sempurna bagi beliau dan juga minyak enjin yang paling laris di Malaysia.

1-Andrea-Dovizioso---Ducati-Team---Japanese-MotoGP-QP2

Buat pertama kali dari mana-mana pihak pengeluar minyak pelincir enjin di negara ini, Shell Malaysia telah menawarkan “Shell Ride-Thru Service” dimana servis tukaran minyak pelincir diberi secara percuma kepada semua pemilik motorsikal 250cc ke bawah yang membeli minyak pelincir Shell Advance sewaktu MotoGP pusingan ke-17 di Sepang International Circuit (SIC). Continue reading “Rekod tercatat di Shell Malaysia MotoGP™ 2016”

Tawaran servis minyak pelincir Shell PERCUMA di MotoGP Malaysia, Sepang International Circuit

shell-advance-oil

Buat pertama kali dari mana-mana pihak pengeluar minyak pelincir enjin di negara ini, Shell Malaysia akan menawarkan servis tukaran minyak pelincir secara percuma kepada semua yang membeli minyak pelincir Shell Advance pada hujung minggu ini sempena MotoGP pusingan ke-17 di Sepang International Circuit (SIC).

Dengan nama rasmi Shell Advance Ride-Thru Service, servis percuma ini disediakan untuk beberapa motorsikal terpilih bawah 250cc. Proses penukaran minyak pelincir ini akan dilakukan dalam masa kurang dari 10 minit sahaja.

Sambil menunggu untuk servis percuma, pemilik-pemilik motorsikal boleh rehat dengan cukup selesa kerana Shell Malaysia akan menyediakan tempat menunggu yang sejuk disertakan dengan minuman ringan. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan servis mencuci visor topi keledar khas untuk penunggang motorsikal.

Proses penukaran minyak pelincir akan dilakukan oleh seramai 16 mekanik terlatih dari bengkel rasmi Shell agar para penunggang berasa senang hati dan yakin bahawa jentera-jentera mereka diservis oleh pihak yang berpengalaman.

Minyak pelincir Shell Advance boleh dibeli di tempat letak kereta P1 atau di Welcome Centre, Sepang International Circuit (SIC).

Program ini akan dijalankan di tempat letak kereta P1, bertentangan dengan pintu masuk SIC yang menuju ke arah Welcome Centre. Beberapa papan tanda akan ditempatkan menuju ke arah tempat letak kereta P1 untuk membantu para penunggang sampai ke tempat servis Shell Advance dengan mudah.

Servis penukaran minyak pelincir ini akan bermula pada hari Jumaat ini (28 Oktober 2016) hingga Ahad (30 Oktober), dari 9 pagi hingga 5 petang.

Para pelanggan juga akan mendapat peluang untuk memenangi sesuatu yang istimewa dari “Wheel of Fortune” dimana mereka boleh memenangi hadiah-hadiah yang cukup istimewa seperti ‘Steam Wash’ percuma setelah motorsikal mereka selesai diservis.

Tekan sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Asia Talent Cup: Andi Izdihar wins Race 1 in Sepang

MM_SAATC2016_RD3_MY_R1_-14

Round 3 of the Shell Advance Asia Talent Cup 2016 in Sepang, Malaysia gets underway with Indonesian Andi Izdihar winning Race 1.

Continue reading “Asia Talent Cup: Andi Izdihar wins Race 1 in Sepang”

Win a free roadtrip for you and a friend with Shell Advance

P90072901_highRes

Win an all-expenses paid biking roadtrip in the Shell Advance #Advance2Langkawi social media photo contest.

Shell Advance has initiated a new and exciting social media-based photo contest tailored specifically for Malaysian bikers called the Shell Advance #Advance2Langkawi contest. In this contest, entrants will stand a chance to win an all-expenses paid biking road trip of a lifetime for both themselves and one lucky friend.

The winner and the friend will get to ride their own bike with a free service including the change of lubricants to Shell Advance products and the change of the oil filter.

The destination is the exotic island of Langkawi with some stops along the way.

Accommodation is of course provided and fuel throughout the entire journey will be juiced by Shell. Continue reading “Win a free roadtrip for you and a friend with Shell Advance”

Asia Talent Cup: Kunimine on pole ahead of season finale

SAATC_FRI_SIC_-28

Takuma Kunimine leads the pack after qualifying in pole position ahead of Shell Advance Asia Talent Cup 2015 season finale in Sepang, Malaysia.

Continue reading “Asia Talent Cup: Kunimine on pole ahead of season finale”