MotoGP: Sam Lowes Kembali Ke Moto2 Bagi 2018

 

  • Penunggang pasukan pengilang Aprilia MotoGP semasa, Sam Lowes, dikatakan telah menandatangani kontrak yang bakal menyaksikan kemunculan semulanya di kelas pertengahan Moto2 bagi 2018.
  • Lowes akan berlumba bagi pasukan CarXpert Interwetten Moto2 setelah mencapai kata sepakat sewaktu GP British pada hujung minggu lalu.
  • Penunggang semasa bagi pasukan CarXpert Interwetten, Thomas Luthi, akan berhijrah ke kelas MotoGP pada tahun akan datang bagi menyertai pasukan Marc VDS bersama dengan Franco Morbidelli.

Continue reading “MotoGP: Sam Lowes Kembali Ke Moto2 Bagi 2018”

Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!

 

  • Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini.
  • Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan.
  • Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa masuk tajaan persendirinnya berjumlah sekitar €1 juta (kira-kira RM5 juta) bagi mendapatkan tempat dalam pasukan Ducati MotoGP 2018 itu.

Continue reading “Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!”

MotoGP: Aprilia Lancar RS-GP dengan warna 2017

Aprilia baru sahaja melancarkan jentera yang akan bertanding dalam kejuaraan MotoGP 2017. Aprilia bersama dua pelumba terbaru bagi musim tahun ini adalah Sam Lowes dari United Kingdom dan Aleix Espargaro dari Sepanyol.

Sejak penyertaan semula pengeluar motorsikal berkuasa tinggi dalam MotoGP, mereka telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran untuk bertanding bersama motor-motor yang laju terutama dari Honda dan Yamaha. Tahun ini, mereka akan mencuba sekali lagi untuk berada di tapak hadapan dengan jentera dan pelumba baru. Continue reading “MotoGP: Aprilia Lancar RS-GP dengan warna 2017”