MotoGP: Rempuh Oliveira, Marquez Mohon Maaf, Dikenakan Penalti ‘Long Lap’ Berganda

Perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023 menyaksikan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia cemerlang untuk merekodkan kemenangan pertama musim ini.  Juara dunia MotoGP musim lalu itu menampilkan aksi konsisten untuk menang pusingan pertama diikuti Maverick Vinales (Aprilia) kedua dan Marco Bezzecchi (VR46) ketiga. Bagaimanapun, aksi pembukaan kali ini terpalit dengan insiden kontroversi membabitkan lapan kali…

MotoGP: Marc Marquez Nafi Akan ‘Ceraikan’ Honda

Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez menafikan dakwaan bahawa dia akan meninggalkan Honda dan menegaskan dia kekal komited dengan pasukan itu.  Marquez menandatangi kontrak empat tahun sehingga 2024, beberapa bulan sebelum mengalami kecederaan serius di bahagian tangan kanan.  Meskipun Marquez kembali pulih selepas menjalani pembedahan keempat pada Jun tahun lalu, pasukan Repsol Honda gagal…

BSH Umum Honda CBR150R Edisi Repsol – Hanya 800 Unit, RM13,499

Honda CBR150R kini tampil dengan edisi Repsol bagi tahun 2022 menyertai pilihan warna sedia ada yang ditawarkan di pasaran. Livery Repsol ini secara tidak langsung menyerlahkan lagi rupa CBR150R secara menyeluruh terutamanya dengan penggunaan warna terang sama seperti yang terpampang pada jentera RC213V Honda di MotoGP. Penggunaan warna oren juga diterapkan di bahagian rim, tangki…

RASMI: Marc Marquez Kembali Hujung Minggu Ini Di GP Amerika

Repsol Honda mengesahkan bahawa Marc Marquez akan kembali bersaing hujung minggu ini di GP Amerika. Juara dunia lapan kali itu telah pun terlepas dua pusingan sebelum ini sejak mengalami kecederaan serius sewaktu sesi pemanas badan di Litar Mandalika, Mac lalu. Marquez turut terlepas saingan GP Argentina apabila disahkan mengalami diplopia (pandangan berganda) kali kedua. Bagaimanapun,…

MotoGP: Marc Marquez Sah Alami Diplopia Kali Kedua

Meskipun berusaha keras untuk pulih sepenuhnya sempena aksi pembukaan MotoGP musim 2022 dua minggu lalu di Qatar, Marc Marquez disahkan kembali alami kecederaan susulan kemalangan di Litar Mandalika, baru-baru ini. Marquez telah disahkan tidak cergas untuk pusingan kedua di Litar Mandalika pada Ahad selepas mengalami ‘highside’ di Turn 7 sewaktu sesi pemanas badan. Pasukan perubatan…

MotoGP: Marc Marquez Calonkan Diri Sendiri Pilihan Juara Musim 2022

Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 bakal membuka tirai hujung minggu ini di Litar Losail, Qatar. Menjelang aksi pusingan pertama musim ini, tumpuan terarah kepada enam kali juara dunia MotoGP, Marc Marquez yang dilaporkan sudah pun kembali cergas sepenuhnya. Sewaktu sesi temu bual MotoGP bersama beberapa pelumba lain, Marquez ketka diajukan soalan siapakah yang bakal muncul juara…

MotoGP: Marc Marquez Hampir Pasti Sertai Ujian Pra-Musim Di Sepang

Tinggal lagi dua minggu sebelum ujian pra-musim rasmi MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekaligus menandakan permulaan kepada musim 2022. Beberapa minggu lalu, Marc Marquez dicanang tidak akan bertandang ke SIC susulan masih dalam proses pemulihan selepas mengalami diplopia (double vision) ekoran terlibat kemalangan sewaktu latihan hujung musim lalu. Pelumba Repsol Honda itu…

MotoGP: Marquez Mohon Maaf Pada Vinales Namun Anggap Tak Langgar Peraturan

Marc Marquez telah memohon maaf terhadap Maverick Vinales susulan taktik ‘cucuk angin’ (towing) sewaktu sesi kelayakan Q1, GP Itali, semalam. Pelumba Repsol Honda itu , yang baharu sahaja pulih dari kecederaan menggunakan segala taktik untuk cuba mara ke Q2 di Mugello. Antara taktik yang diguna pakai adalah dengan ‘cucuk angin’ pelumba factory Yamaha, Vinales. Vinales…

MotoGP: Spesifikasi Berbeza, Espargaro Persoal Tak Dapat Layanan Sama Rata

Pelumba Repsol Honda, Pol Espargaro, mula menyuarakan ketidak puasan hati terhadap HRC yang tidak memberikan layanan sama rata. Espargaro kecewa apabila mengetahui bahawa dia mendapat jentera RC213V dengan spesifikasi berbeza berbanding Marc Marrquez. Pelumba Sepanyol itu sertai Repsol Honda dari KTM pada hujung musim lalu dalam usaha mengejar kedudukan lebih baik dan hanya bersaing bersama…