Auto Bavaria BMW Motorrad telah menganjurkan sebuah konvoi buat para pemilik R nineT ke acara Distinguished Gentleman’s Ride 2018 di Melaka. Tiga puluh orang penunggang telah mengambil bahagian dalam tunggangan ini. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan telah diadakan selain daripada tunggangan tersebut buat para peserta.
Tag: R nineT
Membina motosikal buatan khas tidak semesti bermakna anda seharusnya ‘membogelkan’ motosikal kesayangan anda. Konsep ini telah didemonstrasi di sini oleh binaan BikeBiz ini, BMW R nineT Sun Kist. Satu pilihan yang menarik buat para pemilik BMW R nineT dan R NineT Racer.
BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan BMW R nineT Scrambler 2017 terkini yang datang dengan tangki bahanapi monolitik metalik matte. BMW R nineT Scrambler ini menekankan karakteristik ikonik yang juga klasik yang teralir sepanjang sisi motosikal dari enjin boxernya yang tersohor hinggalah ke keseluruhan rupa luarannya. R nineT Scrambler terbaru dengan tangki bahanapi baru ini…
Lebih daripada 400 penggemar motosikal dari seluruh negara berkumpul semasa acara BMW Motorrad Nightfuel pada 15 April 2017 di Jalan Riong, Bangsar. “Make Life a Ride melambangkan segala nilai bagi jenama BMW Motorrad, yang berusaha untuk menunjukkan gaya hidup dan pendirian yang lebih aktif dalam penunggangan motosikal. Pendirian ini disifatkan dengan keyakinan diri, persahabatan, bertanggungjawab,…
BMW R nineT melambangkan gaya elegan kasual yang tertumpu kepada elemen rekabentuk terpenting motosikal ini. BMW R nineT Pure yang baru menjelmakan intipati roadster tulen dan klasik yang tampak ringkas dengan komponen-komponen terpenting sahaja. BMW R nineT Racer yang terkini menampilkan gaya motosikal sports klasik ala sebuah cafe racer