Alvaro Baustista telah mengesahkan bagi musim 2018 dia akan terus berlumba bagi pasukan semasanya, Aspar Team. Penunggang kelahiran Sepanyol yang berusia 32 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang konsisten buat setakat ini dalam separuh yang pertama musim 2017, dengan pencapaian tertingginya buat setakat ini di tempat ke-empat pada pusingan GP Argentina dan beberapa penamat sepuluh…
Tag: Pull&Bear Aspar
Pusingan MotoGP Jerman menyaksikan Marc Marquez (Repsol Honda) meneruskan penguasaannya di Sachsenring dengan kemenangan bergaya dari petak pertama. Namun, Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) telah mencuri perhatian semua dengan persembahan yang menakjubkan di hadapan penonton tuan rumah, dan berjaya merangkul tempat kedua. Pelumba rookie MotoGP itu memberikan saingan yang hebat kepada Marquez, malah…
Juara Dunia MotoGP 2016 Marc Marquez menjadi satu-satunya penunggang yang mencatat masa di bawah 1 minit 48 saat. Karel Abraham mengejutkan semua orang setelah bertarung untuk posisi pertama dengan juara MotoGP itu. Penunggang dari Britain Cal Crutchlow hanya 0.003 saat di belakang Abraham, meletakkannya di tempat ketiga untuk perlumbaan GP Argentina pada hari ini.