Perhimpunan Terbesar Vespa Ulangtahun ke-70: ENAM Model Baru!

dsc_0186

Sabtu lepas merupakan sambutan ulangtahun ke-70 Vespa bertapak di dunia ini sejak 1946 dengan ciptaan pertama mereka iaitu Vespa 98. Naza Premia (Vespa Malaysia) mengambil peluang dalam sambutan “Largest Vespa Gathering” di Publika KL untuk melancarkan enam model terbaru keluaran Vespa.

dsc_0141

Terdapat 3 model ulangtahun iaitu Vespa Primavera 70th Anniversary, Vespa GTS 70th Anniversary dan yang paling menarik Vespa PX 70th Anniversary yang merupakan Vespa klasik 2 strok yang telah dikeluarkan semula sempena ulangtahun ke-70 Vespa.

dsc_0033

3 model yang lain adalah Vespa Sprint ABS, Vespa Sprint Adventure dan Vespa Primavera ABS. Semua model ini telah dikemaskinikan untuk tahun 2016. Continue reading “Perhimpunan Terbesar Vespa Ulangtahun ke-70: ENAM Model Baru!”