BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer kelas pertengahan, BMW Concept 9Cento. Motosikal Concept 9Cento ini secara asasnya adalah gabungan antara rupa bentuk S 1000 XR dengan enjin F 850 GS. BMW Motorrad sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer yang baharu dalam rangkaian mereka pada masa yang akan datang.
Tag: motosikal konsep
Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit. Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc. BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.
Jakusa Design telah mengeluarkan beberapa rekaan konsep yang menarik bagi beberapa motosikal Ducati semasa dan yang terdahulu dengan beberapa kemaskini futuristik yang cukup cantik sekali. Mereka telah menghasilkan beberapa model contoh untuk model-model utama Ducati seperti Panigale, XDiavel, Desmosedici, Hypermotard, Monster serta banyak lagi. Di mana kebanyakan motosikal konsep cenderung untuk kelihatan terlalu futuristik,…
Paten baru telah muncul menunjukkan rupa terbaru rekaan motosikal beroda tiga dari Yamaha yang diberi nama Yamaha MWT-9. Konsep motosikal beroda tiga ini mula diperkenalkan pada tahun 2015 semasa Pertunjukan Motor Tokyo dan paten terkini mempamerkan versi motosikal ‘naked’ berbanding rekaan asalnya. Yamaha telah pun dalam usaha membangunkan MWT-9 dengan rancangan untuk pengeluaran pada suatu…
Honda telah mempertingkatkan penglibatannya dalam dunia motosikal konsep dengan memperkenalkan motosikal 150 SS RACER. Motosikal konsep ini sedang dipamerkan di Pertunjukan Motor Bangkok 2017 yang bermula mulai kelmarin dan akan berakhir pada 9 April 2017.
Motosikal Elektrik Konsep Porsche 618 adalah hasil buah fikiran Miguel Angel Bahri yang merupakan sebahagian daripada “Two Wheels Project” miliknya Mengambil ilham dari Porsche 911 Turbo, 918 dan 919