Alpinestars Tech-Air Memenangi Anugerah Inovasi Tertinggi CES Asia 2017

 

  • Alpinestars Tech-Air telah diberi kehormatan dengan anugerah dalam kategori ‘Wearables’ pada Anugerah Inovasi Asia di Pertunjukan Elektronik Pengguna (Consumer Electronics Show) pada tahun ini.
  • Pakar kelengkapan menunggang motosikal itu merupakan calon pendahulu untuk anugerah itu di Shanghai, China pada minggu lalu di mana mereka memenanginya untuk produk inovatif mereka.
  • Terdapat dua versi yang berbeza untuk sistem Tech-Air™ mereka itu; Tech-Air™ Street yang dikeluarkan pada tahun 2014 dan Tech-Air™ Race pada tahun 2016.

Continue reading “Alpinestars Tech-Air Memenangi Anugerah Inovasi Tertinggi CES Asia 2017”

Menunggang Pulang Dengan Selamat Bersama Kawasaki Dan Waze

 

  • Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Kawasaki Motors (Malaysia) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para penunggang motosikal untuk melakukan selenggaraan motosikal mereka sebelum menuju pulang ke kampung halaman masing-masing.
  • Kawasaki telah bekerjasama dengan aplikasi pemanduan arah terkenal Waze bagi membantu menunjukkan semua Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) terpilih dan Kawasaki Pit Stop (KPS) berdekatan kawasan pengguna.
  • Kawasaki juga ingin mengingatkan semua penunggang motosikal supaya memakai kelengkapan keselamatan menunggang yang sesuai bagi memastikan keselamatan tambahan ketika perjalanan pulang Hari Raya ke kampung halaman untuk bersama keluarga dan sahabat handai.

Continue reading “Menunggang Pulang Dengan Selamat Bersama Kawasaki Dan Waze”

Kawasaki H2 Tempahan Khas Ala 80an?

 

  • Para pembina pakar dari Wrenchmonkees yang bertapak di Copenhagen telah membina sebuah Kawasaki H2 tempahan khas yang diilhamkan dari motosikal lumba ketahanan retro.
  • Motosikal dan projek ini telah ditempah oleh sebuah pengeluar kelengkapan menunggang Belanda, REV’IT!
  • Rangkaian penunggangan dalam bandar REV’IT! yang menawarkan gaya dan juga teknologi terkini telah diterap pada motosikal tempahan khas H2 ini yang dibina dengan citarasa dan pengayaan yang hebat.

Continue reading “Kawasaki H2 Tempahan Khas Ala 80an?”