Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike Melancarkan Jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019

Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.

“Anda Boleh Berasa Marah Pada Menteri Pengangkutan” Kata YB Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkeras tidak akan memberikan diskaun bagi saman JPJ. Langkah ini adalah bagi memberi pengajaran kepada para pengguna jalan raya dan memastikan para pesalah tidak terlepas dengan hukuman yang ringan. Dia juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk kesalahan trafik.

Yamaha Tracer 900 GT 2019 Dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (Dari RM58,888)

Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal sport-tourer Yamaha Tracer 900 GT 2019 pada hari ini. Ianya merupakan sebuah evolusi bagi model MT-09/Tracer 900 ‘standard’ dan tampil dengan pelbagai olahan semula. ‘GT’ pada namanya itu melambangkan semangat ‘Gran Turismo’ sebuah motosikal tourer berprestasi tinggi, yang akan membawa penunggangnya merentasi jarak yang jauh dengan pantas dan…