Betul Ke Hafizh Syahrin Penunggang MotoGP Malaysia Yang Pertama?

Ada sesetengah pihak telah bertanya, adakah Hafizh Syahrin penunggang MotoGP Malaysia yang pertama. Selepas selesainya sesi ujian MotoGP di Thailand, kita tidak boleh nafikan lagi yang Hafizh adalah penunggang dari Malaysia yang pertama mengemudi motosikal MotoGP 1,000cc era moden ini. Pengesahan muktamad akan datang dari pasukan Monster Yamaha Tech3 sama ada Hafizh Syahrin akan menjadi…

MotoGP: Hafizh Syahrin Akan Menunggang Bagi Pasukan Monster Yamaha Tech 3?

Khabar angin MotoGP terbaru telah menuding kepada kemungkinan Hafizh Syahrin akan mengorak langkah ke kelas premier untuk berlumba dengan pasukan Monster Yamaha Tech 3. Oleh kerana Jonas Folger terpaksa berehat bagi musim 2018, pengurus pasukan Herve Poncharal telah sibuk mencari penggantinya. Tiada apa yang telah disahkan lagi buat masa ini tetapi nama Hafizh Syahrin sudah…

Kawasaki Motors Malaysia Membekalkan Motosikal Perlumbaan Bagi Program SIC “Impian ke MotoGP”

  Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…

Lima Penunggang Muda Terpilih Untuk Program SIC “Impian ke MotoGP”

Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol…

MotoGP mania – Sebab-Sebab Mengapa Pusingan MotoGP Malaysia Antara Yang Terbaik

  Kita semakin menghampiri penghujung musim MotoGP 2017, dan pusingan kedua terakhir iaitu Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix sudah pasti telah memberikan keseronokan yang tidak terhingga kepada mereka yang menghadirinya. Setelah mendapat status sebagai salah sebuah litar yang paling mencabar dalam kalendar MotoGP, Litar Antarabangsa Sepang sentiasa bersedia untuk memberi cabaran tambahan dengan cuaca yang…

KTM Malaysia di MotoGP Malaysia 2017

KTM Malaysia menggegarkan MotoGP Malaysia 2017 dengan penuh bergaya sekali. Penunggang Moto3 dan Moto2 telah turun ke padang bagi sesi ramah mesra dan tandatangan bersama dengan para peminat. Penunggang MotoGP juga telah menghadiri sesi beramah mesra dan tandatangan bersama dengan peminat pada hari ini.

BMW S 1000 RR HP4 Race, BMW G 310 GS Dan BMW S 1000 XR Dilancarkan di MotoGP Malaysia 2017!

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan motosikal S 1000 RR HP4 Race, G 310 GS, dan S 1000 XR di MotoGP Malaysia 2017. Tiga buah motosikal dalam tiga segmen yang berbeza bagi memenuhi kehendak setiap penunggang motosikal. Motosikal S 1000 RR HP4 Race diletakkan pada harga RM520,000, motosikal G 310 GS bermula dari RM29,900, dan motosikal…

Siri Masterclass Shell Advance Melatih Dan Memberi Ganjaran Kepada Mekanik Motosikal Tempatan

Siri Masterclass Shell Advance telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada roadshow ‘Outride Anything’ Shell Advance eksklusif buat mekanik motosikal tempatan. Program masterclass ini diadakan bagi membekalkan mekanik tempatan dengan pengetahuan serta tip yang berguna dalam penyelenggaraan motosikal yang betul. Sejumlah tujuh buah video atas talian telah dihasilkan dengan kerjasama dengan Ducati bagi menyediakan para mekanik dengan…