MotoGP: Miguel Oliveira Tak Goyang Litar Basah, Juarai GP Indonesia

Pelumba Red Bull KTM, Miguel Oliveira merekodkan podium pertama musim ini selepas menjuarai GP Indonesia di Litar Mandalika. Walaupun perlumbaan ditangguh sehingga jam 4.15 petang ekoran hujan lebat namun perlumbaan bermula dengan baik bagi kesemua pelumba. Bagaimanapun, pengalaman di litar basah ternyata memberikan kelebihan besar buat Oliveira dan pelumba Ducati, Jack Miller yang mendahului kedudukan…

MotoGP: Remy Gardner Dakwa Aksi Darryn Binder ‘Bersepah’ Dan Berbahaya

Remy Gardner menyifatkan aksi pelumba WithU Yamaha RNF Racing, Darryn Binder sewaktu pusingan pertama di Litar Lusai, Qatar sebagai membahayakan. Seperti Binder, Gardner juga membuat penampilan sulung di kelas premier musim ini bersama Tech3 KTM. Meskipun berjaya mengutip satu mata selepas menamatkan aksi di kedudukan ke-15, pelumba KTM itu berasakan dia mampu mencapai posisi yang…

MotoGP: Yamaha Bergelut Di Qatar, Quartararo Akui Risau

Perasaan kecewa jelas terpampang di muka pertahan juara dunia MotoGP, Fabio Quartararo apabila sekadar menamatkan pusingan pembukaan musim 2022 di tempat kesembilan. Selain gagal menempatkan diri di podium, pelumba Perancis itu juga gagal memberi saingan dengan kelompok depan dan tiba ke garisan penamat dengan jarak +10.543 saat berbanding pemenang, Enea Bastianini. Keputusan kurang memberangsangkan itu…

MotoGP: Marc Marquez Calonkan Diri Sendiri Pilihan Juara Musim 2022

Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 bakal membuka tirai hujung minggu ini di Litar Losail, Qatar. Menjelang aksi pusingan pertama musim ini, tumpuan terarah kepada enam kali juara dunia MotoGP, Marc Marquez yang dilaporkan sudah pun kembali cergas sepenuhnya. Sewaktu sesi temu bual MotoGP bersama beberapa pelumba lain, Marquez ketka diajukan soalan siapakah yang bakal muncul juara…

Tanah Tergadai, Duit Tak Dapat Antara Keluhan ‘Pemilik Asal’ Litar Mandalika

Baru-baru ini, MotoGP mengadakan ujian pra-musim kedua di Litar Mandalika, Indonesia. Litar Mandalika merupakan litar terbaru yang dibangunkan negara itu dan bakal sertai kalendar MotoGP bagi musim 2022. Meskipun MotoGP sendiri menyifatkan Litar Mandalika antara yang tercantik pernah dibina namun terdapat beberapa ‘cerita’  di luar pagar litar itu yang mencuri tumpuan. Salah seorang jurugambar profesional…

MotoGP: Pol Espargaro Tak Puas Hati Keadaan Litar Mandalika

Hujan lebat berterusan dan kerja-kerja pembinaan di sekitar trek Mandalika yang terletak di Pulau Lombok Indonesia, meninggalkan trek yang pertama kali dikunjungi MotoGP itu dalam keadaan kotor. Malah, sesi latihan terpaksa dihentikan selama hampir sejam kerana keadaan trek yang teruk, dengan operasi pembersihan yang panjang dijalankan selama kira-kira 90 minit sebelum sesi disambung semula. Ia…

Yamaha Sahkan Toprak Razgatlioglu Uji Jentera M1 Tahun Ini, Ke MotoGP 2023

Yamaha akan menunaikan peluang buat juara dunia WorldSBK 2021, Toprak Razgatlioglu menguji jentera ‘factory’ M1 pada pertengahan tahun ini Usaha itu adalah bagi memastikan pelumba Turki itu akan berhijrah ke Kejuaraan Dunia MotoGP bersama Yamaha lebih awal pada 2023. “Rancangan awal adalah membenarkan dia (Razgatlioglu) menguji jentera M1 pada hujung musim lalu namun pertukaran tarikh…

Sasaran Musim Ini Dapatkan Kembali Sentuhan Musim 2020 – Alex Rins

Suzuki Ecstar menempuh musim yang mengecewakan pada 2021, bukan sahaja kerana Joan Mir tidak mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim 2020 malah Alex Rins juga gagal berikan cabaran. Mir ketinggala 70 mata dibelakang juara, Fabio Quartararo manakala Rins sekadar mengutip 99 mata selepas 18 pusingan musim lalu. Sewaktu ditemui ketika sesi ujian pra-musim di…

Darryn Binder Dan Fabio Quartararo Kongsi Banyak Persamaan – RNF Racing

Pengurus pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing, Wilco Zeelenberg berpendapat terdapat banyak persamaan antaranya juara dunia, Fabio Quartararo dan pendatang baharu di kelas premier, Darryn Binder. RNF Racing kendalian Datuk Razlan Razali mencetuskan pelbagai reaksi apabila mengumumkan Darryn Binder sebagai pelumba kedua pasukan itu selepas Andrea Dovizioso. Binder melangkah terus ke MotoGP dari Moto3 selepas…