Ayah KIP Tuntut Razlan Razali Disingkir Dari Sukan Permotoran Negara

Pawi Omar, ayah kepada bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, mendesak agar prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali disingkir dari sukan permotoran negara. Luahan itu dibuat diruangan komen media sosial Facebook dan mula tular di beberapa ‘page’ permotoran tempatan. Menerusi luahan itu, Pawi meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyingkirkan Razlan…

Bangkitkan Isu KIP Berbasikal Berbanding Motorcross Tindakan Tidak Profesional – Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, akhirnya buka mulut mengenai isu persaraan rakan senegara, Khairul Idham Pawi @ KIP dari pentas Moto3. Petronas Sprinta Racing membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak KIP sekaligus memaksa pelumba berusia 22 tahun itu mengumumkan persaraan. Sebelum itu, prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, mempersoal tindakan KIP…

Umum Persaraan, MAM Mahu Pujuk Khairul Idham Pawi

Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) mahu bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi @ KIP terus diberi peluang dalam sukan permotoran. KIP dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, Astro Arena, meluahkan hasrat bersara dari sukan permotoran dan perkara itu ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk MAM. Sehubungan itu, Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli, mendedahkan akan duduk…

Moto3: Karier KIP Bersama PETRONAS Sprinta Berakhir

Selepas dua musim bersama PETRONAS Sprinta di Moto3, pelumba negara, Khairul Idham Pawi (KIP) akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini. Perkara itu disahkan sendiri prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali dalam satu kenyataan, hari ini. “Walaupun mengenali kemampuan dan potensi KIP namun selepas dua tahun jelas kami tidak dapat memenuhi sasaran ditetapkan. “Dibelenggu kecederaan telah…

Mana KIP? – Razlan Razali

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam perkongsian terbaru di Facebook mencetuskan pelbagai tanda tanya. Menerusi status terbaru, Razlan memuat naik gambar pelumba, Fabio Quartararo, Xavi Vierge dan John McPhee yang sedang menjalani latihan motorcross. Bagaimanapun, berdasarkan kapsyen tersebut, jelas dia mempersoalkan ketiadaan pelumba Petronas Sprinta, Khairul Idham Pawi (KIP). Sementara…

MotoGP: Musim 2020 Mungkin Berlangsung Julai Tapi Hanya Di Eropah

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta sedang meneliti perancangan menyelamatkan MotoGP musim 2020 bermula dari Julai hingga November. Ezpeleta mendedahkan bahawa perancangan itu bakal melibatkan perlumbaan di Eropah sahaja. Aksi MotoGP terkandas susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekaligus memaksa Dorna menggaru kepala dalam usaha membuka tirai aksi musim ini. Sementara itu, penganjur…

Hanya Duduk Rumah Sejak Kembali Dari Qatar – KIP

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi hanya menghabiskan masa di rumah sejak kembali dari GP Qatar. Sejak pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu kembali dari Qatar, dunia telah memulakan langkah sekatan pergerakan termasuk Malaysia menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, itu tidak menyekat Khairul Idham daripada memastikan tubuh badan berada dalam keadaan terbaik. “Saya menjalankan latihan…

MotoGP: Alat Holeshot 2.0 Diharamkan Bagi Moto2 Dan Moto3

  Bagi yang masih belum keluar dari gua gara-gara bimbang dijangkiti Covid-19, alat yang diberi nama ‘holeshot 2.0’ ini diperkenalkan tahun lalu oleh Ducati menerusi jentera GP19 Jack Miller. Berfungsi dengan merendahkan bahagian belakang agar dapat meningkatkan cengkaman di samping mengurangkan situasi tayar depan terangkat, penggunaan ‘holeshot 2.0’ kini turut diuji Yamaha dan bakal diguna…

M7 Racing Perlu Bayar Tunggakan RM3.32 Juta kepada SIC

Keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memihak kepada Sepang International Circuit (SIC) berhubung kes penajaan oleh M7 Racing Sdn Bhd (M7). Keputusan itu menyaksikan M7 Racing – anak syarikat milik Mutiara Motors Group of Companies – harus menyelesaikan tunggakan tajaan pasukan Moto3 sebanyak RM3.32 Juta kepada SIC. Sementara itu, SIC dalam satu kenyataan…