Moto3: Damok Dapat Peluang Beraksi Di GP Aragon Bersama PSRT

Pelumba FIM CEV negara, Syarifuddn Azman @ Damok, diberi peluang untuk membuat penampilan sulung di Kejuaraan Dunia Moto3 di Aragon bersama Petronas Sprinta Racing Moto3 (PSRT), pada 10 hingga 12 September ini. Damok bakal mengisi tempat John McPhee yang akan membuat penampilan pertama di Moto2 bersama-sama Xavi Vierge tatkala Jake Dixon sekali lagi dipertanggungjawabkan menunggang…

Moto3: Tak Puas Hati Dengan Layanan Terhadap Bapa, Foggia Tekad Tinggalkan Leopard Racing

Pelumba Moto3, Dennis Foggia, tekad meninggalkan Leopard Racing hujung musim ini selepas tidak puas hati dengan layanan pasukan itu terhadap ayahnya ketika di GP Austria. Difahamkan, Leopard Racing telah membatalkan pas kebenaran milik ayah pelumba itu sekaligus tidak dibenarkan untuk berada di ‘paddock’ sebelum diusir ke tempat duduk penonton bagi menyaksikan anaknya menaiki podium, hujung…

MotoGP: Projek Moto2 Dan Moto3 Dibubar, Dixon Dan Binder Calon SRT 2022?

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu kenyataan telah pun mengesahkan Petronas menamatkan kerjasama selaku penaja utama Sepang Racing Team (SRT) bermula akhir musim ini. Kenyataan tersebut turut mendedahkan projek Moto2 dan Moto3 turut akan dibubarkan sementara SRT akan meneruskan saingan di MotoGP bersama entiti bebas yang akan diumumkan kemudian. Kami dimaklumkan bahawa SRT akan membuat…

Moto3: McPhee Tak Puas Hati Ketua Kru Berpindah Ke Dixon

Pelumba Moto3, John McPhee meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Petronas Sprinta Racing, memindahkan ketua kru, Mark Woodage, kepada Jake Dixon di Moto2. Perpindahan orang penting di belakang McPhee itu merupakan antara usaha Petronas Sprinta untuk membantu Dixon yang ketika ini bergelut di saingan Moto2. Bagaimanapun, McPhee gagal menyembunyikan kekecewaannya terhadap keputusan mengejutkan itu. “Senario ini…

Peluang Damok Bersama SRT Cerah – Razlan Razali

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (PSRT), Datuk Razlan Razali mendedahkan pasukan itu bersedia untuk memancing pelumba Moto3 di FIM CEV Repsol, Syarifuddin Azman. Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok, merekodkan kemenangan sulung musim ini ketika Perlumbaan 1 di Litar Catalunya, hujung minggu lalu. Senario itu turut mendapat perhatian Razlan yang sentiasa mengikuti perkembangan pelumba…

Moto3: Nombor #50 Mendiang Jason Dupasquier Direhatkan

Nombor perlumbaan #50 milik Jason Dupasquier akan direhatkan daripada perlumbaan Moto3 dalam satu majlis khas yang akan diadakan Jumaat ini menjelang GP Belanda di Sachsenring. Pelumba berusia 19 tahun itu meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah sewaktu ujian kelayakan di Mugello, bulan lalu. MotoGP kemudiannya mengesahkan pemergian pelumba Switzerland itu di hari perlumbaan GP Itali,…

MotoGP: Valentino Rossi Nafi ‘Pancing’ Pedro Acosta Untuk VR46

Pelumba veteran, Valentino Rossi percaya Pedro Acosta bakal menjadi bintang baharu MotoGP pada masa akan datang. Bagaimanapun, tujuh kali juara dunia MotoGP itu nafi dakwaan dia merancang untuk membawa Acosta dari Moto3 ke MotoGP musim depan bersama VR46. “Saya ada terbaca mengenai perkara ini tetapi ia tidak benar. “Sudah tentu sebagai pelumba kami gembira, Pedro…

Moto3: Jason Dupasquier Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun

Pelumba Moto3, Jason Dupasquier, disahkan meninggal dunia susulan mengalami kecederaan serius ketika sesi kelayakan. Pemergian pelumba berusia 19 tahun dari Switzerland itu diumumkan sebaik aksi Moto3 di Mugello berakhir, semalam. Dupasquier – yang memasuki musim keduanya di Moto3 – mengalami kemalangan sewaktu di Turn 9 dengan Ayumu Sasaki dan Jeremy Alcoba turut terbabit. Selepas rawatan…

Moto3 Adalah Kejuaraan Dunia Bukan Kebangsaan, Aksi Konsisten Perkara Utama – Razlan Razali

Prinsipal PETRONAS Sepang Racing Team (SRT) dan Sprinta Racing, Datuk Razlan Razali menafikan dakwaan pihaknya mengabaikan kebajikan Khairul Idham Pawi @ KIP. Razlan menempelak kenyataan Pawi Omar menerusi satu blog tempatan yang mendakwa dia tidak menjaga kebajikan pelumba berusia 22 tahun itu sejak 2018. “Kadangkala keputusan yang kita buat kurang popular dan bukan boleh buat…