Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?

 

 

  • Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017.
  • Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang akan turut serta bertanding; penunggang Moto2 Hafizh Syahrin, penunggang ARRC semasa Azlan Shah, dan juga juara ARRC 2016 Zaqhwan Zaidi.
  • Hafizh Syahrin akan berlumba bersama Team Kagayama di atas jentera Suzuki GSX-R1000, Zaqhwan Zaidi dengan Team Satu HATI di atas jentera Honda CBR1000RR yang terkini, dan Azlan Shah akan berlumba bagi Team Green dan jentera tersohornya Kawasaki ZX-10R.

Continue reading “Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?”

Suter – Kehebatan Dua Lejang Kini Sudah Kembali, Tersedia Untuk Dijual!

 

 

  • Motosikal Suter kini sudah tersedia unuk jualan di Amerika Utara dengan kerjasama yang baru dimeterai dengan Arch Motorcycles.
  • Pelbagai pilihan motosikal lumba Suter boleh dibeli oleh orang ramai tidak termasuk jentera perlumbaan Suter MMX 500 MotoGP, MMX1 MotoGP, MMX2 Moto2, dan juga MMX3 Moto3.
  • Arch Motorcycles juga akan mendapat manfaat yang hebat dari kerjasama teknikal ini di mana Suter akan membantu meningkatkan lagi pembangunan motosikal dan pengedaran model-model keluaran mereka di pasaran Eropah.

Continue reading “Suter – Kehebatan Dua Lejang Kini Sudah Kembali, Tersedia Untuk Dijual!”

Disahkan: Mesej Teks Papan Pemuka Untuk MotoGP Dan Moto3 Diluluskan!

 

Tidak seperti pasukan Formula 1 yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan pemandu mereka melalui radio walaupun ketika di tengah-tengah kesengitan pertandingan (selalunya dengan jawapan yang sama ada berang atau pun melucukan daripada para pemandu), pasukan MotoGP telah mencuba pelbagai cara yang lain untuk menyampaikan maklumat dengan lebih baik kepada para penunggang.

Continue reading “Disahkan: Mesej Teks Papan Pemuka Untuk MotoGP Dan Moto3 Diluluskan!”

Moto3: Joan Mir Akan Berpindah Ke Moto2 Tahun Hadapan Dengan Pasukan EG 0,0 Marc VDS

  • Pendahulu kejohanan Moto3 semasa Joan Mir akan berpindah ke Moto2 pada tahun 2018 untuk berlumba bagi pasuka EG 0,0 Marc VDS.
  • Mir dan pasukan Moto2 terbarunya itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun untuk berlumba dari tahun 2018 hingga 2020 dalam kategori Moto2.
  • Joan Mir dan pasukan Moto3 semasanya, Leopard Racing, sedang mendahului kejohanan dengan tiga kemenangan perlumbaan dan dua penamat atas podium dalam tujuh pusingan yang lalu.

Continue reading “Moto3: Joan Mir Akan Berpindah Ke Moto2 Tahun Hadapan Dengan Pasukan EG 0,0 Marc VDS”

Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2

Motosikal perlumbaan Triumph Daytona 675 TT tunggangan Gary Johnson. Pembayang tentang rupa jentera yang bakal dibekalkan oleh Triumph untuk Moto2

Sejak beberapa bulan yang lalu, telah tersebarnya khabar angin satu khabar angin di dalam industri permotosikalan, dan sesetengah pengedar telah pun sedia mengetahui akan hal ini sejak mula lagi, dan kini, ianya telah pun disahkan secara rasmi – Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif untuk Kejohanan Dunia Moto2 FIM bermula 2019.

Continue reading “Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2”

MotoGP: Johann Zarco Menghampiri Podium Pertama Musim 2017

 

 

  • Penunggang baru MotoGP 2017 Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dengan pantas menarik minat ramai dalam tiga pusingan pertama musim ini.
  • Susulan permulaan yang hebat di Qatar dimana dia mendahului perlumbaan sebelum terbabas, Zarco menamatkan GP Argentina dan GP Amerika di kedudukan kelima.
  • Penunggang berusia 27 tahun itu sedang berusaha untuk mengemudi jentera Yamaha M1-nya untuk kedudukan podium MotoGP pertamanya hujung minggu ini di Jerez untuk Gran Premio Red Bull de España.

Continue reading “MotoGP: Johann Zarco Menghampiri Podium Pertama Musim 2017”

Moto2: Danny Kent Meninggalkan Kiefer Racing

Sumber Imej: MotoGP
  • Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas.
  • “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.”
  • “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia dan penunggang, dan secara jujurnya saya rasa jika peluang yang terbaik muncul saya mampu menjadi laju dalam Moto2.”

Continue reading “Moto2: Danny Kent Meninggalkan Kiefer Racing”

Moto2: Morbidelli kekal rekod kemenangan sempurna di GP Argentina

  • Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) menjadi penunggang Itali pertama yang memenangi dua perlumbaan Moto2 secara berturut-turut.
  • Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) muncul di tempat kedua selepas Alex Marquez terbabas keluar dari perlumbaan pada pusingan yang terakhir perlumbaan.
  • Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) mengisi kedudukan podium dengan jarak 15 saat di belakang Morbidelli.

Continue reading “Moto2: Morbidelli kekal rekod kemenangan sempurna di GP Argentina”