Tag: Moto Guzzi V7 III
Model Moto Guzzi V7 III Carbon Shine menampilkan kemaskini estetik pada rangkaian popular V7. Tiada perubahan dari segi prestasi pada motosikal ini, tetapi, ianya telah dilengkapi dengan bahagian karbon fiber untuk menyerlahkan lagi rupa parasnya. Hanya 500 unit yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan berkemungkinan ada yang akan tiba di tanah air kita.
Moto Guzzi Malaysia telah memperoleh unit 0001/1000 motosikal V7 III Anniversario. Pengeluaran model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia. Motosikal ini ditetapkan harganya pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).
Didi Resources (Moto Guzzi Malaysia) telah melancarkan Moto Guzzi Flagship Centre yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya. 3S Centre yang baru ini akan menempatkan bilik pameran pengeluar berkenaan serta memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik buat para pemilik motosikal Moto Guzzi. Moto Guzzi V7 III Anniversario 2017 yang terbaru turut dilancarkan bersempena dengan…