Festival International Motomania of Kuala Lumpur 2019 telah menggegarkan ibu kota sepanjang hujung minggu yang lalu. Pelbagai penjual, kecil dan besar, turut serta dalam festival ini, antaranya Harley-Davidson, Moto Guzzi, Aprilia, Shell Indian Motorcycles, Ducati, Yamaha, dan lain-lain. Persembahan rock retro berkumandang sepanjang hari.
Tag: Moto Guzzi Malaysia
Welly World Cycle atau lebih dikenali sebagai Welly Sungai Buloh cukup dikenali ramai atas perkhidmatan jualan dan sokongan selepas jualan mereka bagi beberapa buah jenama motosikal. Welly Sungai Buloh merupakan wakil pengedar rasmi untuk Ducati dan KTM Motorcycles, serta beberapa buah jenama yang lain. Mengembangkan lagi portfolionya, Welly Sungai Buloh kini merupakan wakil pengedar rasmi…
Distinguished Gentleman’s Ride meliputi motosikal moden retro seperti motosikal Moto Guzzi. Motosikal Moto Guzzi V7 III Carbon dan V7 III Rough telah dilancarkan sejurus sebelum acara tahun ini. Para penunggang juga boleh mendapatkan pakaian segak dari Tiga Supply Co. dan Stronghold Cycles untuk acara DGR.
Sebelum ini, kami telah mempratontonkan model Moto Guzzi V7 III Rough 2018. DIDI Resources Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal berkenaan di Malaysia. Harga bermula dari RM69,900 bagi unit pengenalan dan RM75,000 untuk unit yang berikutnya (harga asas beserta SST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Moto Guzzi V7 III Rough 2018 adalah varian scrambler bagi pengeluar dari Itali berkenaan. Dibina atas platform V7 III, model Rough ini mempunyai keupayaan ‘off-road’ terhad. Selain daripada tayar dan beberapa buah reka bentuk yang berlainan, model Rough ini secara asasnya tidak begitu berbeza dengan model V7 III yang lain.
Moto Guzzi Audace Carbon 2018 melambangkan sisi “budak jahat” rangkaian pengeluar berkenaan. Ia dihasilkan sebagai sebuah motosikal power cruiser, lengkap dengan pelbagai perincian yang menawan. Harganya bermula dari RM123,000 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).
Sesi hari litar Modclass Speedway yang pertama telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. Kira-kira 20 orang pemilik motosikal moden klasik telah mengemudi jentera mereka untuk menikmati keseronokan di atas litar. Acara Modclass Speedway ini adalah anjuran Tiga Moto dan disokong oleh Moto Guzzi Malaysia.