Honda Europe telah memperkenalkan Honda Monkey 2018 yang telah bersedia untuk dikilangkan. Motosikal Monkey 125cc yang baru ini bercirikan spesifikasi moden seperti meter LCD, lampu LED, ABS, IMU, dan fork terbalik (USD). Enjin satu silinder 125ccnya itu mampu menghasilkan sehingga 9.3hp dan 11Nm tork.
Tag: Monkey Bike
Honda Monkey 125 Concept telah diperkenalkan pada minggu lalu di Vietnam Motor Show 2017 di Bandaraya Ho Chi Minh. Berdasarkan pada gambar-gambarnya, motosikal ini diasaskan daripada Honda MSX 125 terkini ataupun Honda Grom. Motosikal Monkey 125 ini tampak agak serupa dengan satu paten yang telah difailkan oleh Honda dalam bulan September tahun lalu.
Honda mengeluarkan Monkey Bike sempena ulang tahun ke-50 Monkey Bike terbaru ini akan datang dalam Magna Red dan juga Shasta White Hanya 1,800 unit sahaja yang akan dikeluarkan