SYM Bakal Perkenal Model Baharu di KLBS’23

Pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings Sdn Bhd akan memperkenalkan model baharu di Kuala Lumpur Bike Show 2023.  Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian teaser terbaru di laman media sosial MForce TV.  Walaupun tidak banyak yang didedahkan namun menerusi kapsyen yang dikongsikan ‘SYM mempersembahkan inovasi dan gaya di Kuala Bike Show 2023’ pastinya…

RASMI: MForce Bakal Perkenal Jenama MBPMoto Di KLBS2023

MForce Bike Holdings Sdn Bhd bakal menambahkan lagi tawaran jenama motosikal di Malaysia kali ini menerusi MBP (Moto Bologna Passione) Moto.  Pengumuman itu dimaklumkan kepada media selepas pihak MForce menghadiri program TOP68 Educational Tour Sales Campaign 2022 di Pattaya, Thailand, baru-baru ini. Pada acara tersebut, pihak MForce juga telah mempertontonkan beberapa model daripada MBP. Menariknya,…

MBP C650V Bakal Dipasarkan Di Malaysia?

MBP (Moto Bologna Passione) merupakan jenama motosikal baharu yang telah ditubuhkan pada tahun 2022 oleh Keeway Motor Group yang juga merupakan anak syarikat kepada QJ Motor.  Meskipun begitu, MBP adalah jenama dari Itali kerana berpangkalan di Bologna, Itali namun dengan kilang pembuatan di China bagi memastikan harga motosikal ditawarkan berada dalam kumpulan ‘mampu milik’.  Walaupun…

MForce Lancar WMoto WM110 – Dengan Suspensi KYB, RM3,788

MForce Bike Holdings telah memperkenalkan motosikal mampu milik terbaru untuk pasaran tempatan menerusi WMoto WM110 dengan harga jualan asas RM3,788.  Dikuasakan enjin satu silinder 109cc 4-stroke, WM110 ini menawarkan 7.1hp pada 8,000rpm dan 7.2Nm pada 6,000rpm. Menariknya dengan hanya seberat 99kg, WM110 ini pastinya mudah dikendalikan untuk penunggang lelaki dan wanita.  Menariknya, meskipun dijual sebagai…

Benelli TNT25N 2023 Lancar Di Malaysia – 25.5HP, RM12,998

Benelli Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Benelli TNT25N untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM12,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Berkonsepkan motosikal ‘naked’, TNT25N ini dikuasakan enjin satu silinder 249cc DOHC dengan penyejukan cecair yang berupaya menjana 25.5hp pada 9,250rpm dan 21.2Nm pada 8,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan. Antara…

CFMoto 700CL-X ADV 2023 Tiba Di Malaysia – RM35,888

CFMoto Malaysia dengan rasminya memperkenalkan CFMoot 700CL-X ADV untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM35,888.  CFMoto 700CL-X ADV itu sertai varian Sport dan Heritage yang telah pun diperkenalkan sebelum ini. Berbanding Heritage yang menampilkan rekaan neo-retro sementara Sport pula lebih bercirikan kontemporari, 700CL- X ADV tampak lebih lasak dan agresif dengan elemen scrambler. Model…

CFMoto 450SR Dirasmikan Untuk Pasaran Malaysia – 50HP, RM28,888

Pengedar rasmi jenama CFMoto di Malaysia, MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan CFMoto 450SR untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM28,888.  Menariknya, harga tersebut adalah lebih rendah berbanding harga pengenalan yang diumumkan pengedar terdahulu tahun lalu.  Untuk rekod, CFMOTO 450SR dibangunkan daripada model prototaip SR-C21 yang didedahkan sebelum ini. CFMoto 450SR merupakan jentera sportsbike…

Supermoped 150cc Boleh Kacuk Dengan Komponen Honda, Yamaha Dalam Pembangunan – MForce

MForce merupakan antara pengedar terbesar di Malaysia kerana mengendalikan beberapa jenama motosikal di sini termasuk Benelli, SYM, WMOTO, QJMotor dan terbaru CFMoto.  Baru-baru ini, MForce turut memperkembangkan portfolio WMOTO di Malaysia menerusi pelancaran WMOTO Bobbie VII yang merupakan motosikal gaya retro moden dengan kapasiti enjin 700cc.  Sewaktu pelancaran, MForce turut mendedahkan perancangan untuk memperkenalkan sebuah…

CFMoto 250CL-X Sudah Ada Di Malaysia, RM16,888?

Tinjauan di beberapa kedai motosikal tempatan mendapati sudah mula menjual motosikal terbaru keluaran CFMoto, 250CL-X dengan harga jualan RM16,888.  Meskipun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak pengedar rasmi CFMoto di Malaysia namun ini antara beberapa ciri menarik yang terdapat pada motosikal segmen retro-naked itu. Sama seperti CFMoto 700CL-X, versi 250 ini juga berkonsepkan DNA ‘neo-retro’….