Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.
Tag: malaysian motorcycle news
Pasukan pengilang Yamaha kini dikenali dengan nama Monster Energy Yamaha MotoGP. Mereka turut memperkenalkan kemasan grafik baharu untuk jentera Yamaha YZR-M1 2019 bagi kejohanan MotoGP musim 2019. Monster Energy telah mengambil alih penajaan utama dari Movistar.
Rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta telah berjaya merakam beberapa buah motosikal dari Singapura yang dipita pelekatkan nombor pletnya di atas Lebuhraya Utara-Selatan PLUS. Motosikal-motosikal ini merupakan sebahagian daripada sebuah konvoi besar dari negara berkenaan. Ini berlaku selang beberapa hari selepas kerajaan Singapura mengatakan mereka akan mengharamkan kenderaan asing dengan saman tertunggak daripada memasuki negara…
Kerajaan telah menghentikan kutipan tol motosikal. Tol-tol yang terlibat adalah Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang, dan juga Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura. Kerajaan mengatakan ianya langkah pertama untuk penghapusan tol sepenuhnya dalam negara.
Perjanjian edaran Harley-Davidson dengan Naza telah pun ditamatkan. Harley-Davidson kini sedang “mengemaskini” rangkaian pengedar mereka. Syarikat motosikal itu kini akan mencari rakan pengedar baru bermula dengan serta merta.