Heaven MC: Kelab Motosikal Malaysia Dengan Tujuan Mulia

Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.

WHO: Jalan Raya Thailand Paling Merbahaya Di Asia Tenggara, India Paling Tinggi Kadar Kematian Di Seluruh Dunia

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan Thailand sebagai negara dengan kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara. India pula mempunyai kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di seluruh dunia. Kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian bagi kanak-kanak dan orang dewasa di bawah umur 29 tahun.

Jerangkap Samar Di Laluan Motosikal Hampir Memenggal Kepala Penunggang

Encik Afiq Izwan telah memuat naik status ke akaun Facebooknya bahawa dia telah menjadi mangsa sebuah jerangkap samar di laluan motosikal. Seutas tali pancing telah dipasang merentasi laluan motosikal, mencederakan lehernya dan merosakkan helmetnya. Lokasi kejadian ini adalah berhampiran dengan susur keluar Lebuhraya DUKE ke Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis 1, Gombak.

10 Perkara Yang Boleh Dijangka Dari Pengedar Harley-Davidson Baru Di Malaysia!

  Nama Harley-Davidson telah kerap kali muncul dalam berita di Malaysia baru-baru ini. Jenama berlegenda dari Amerika Syarikat ini telah mengejutkan industri apabila ia mengumumkan perpisahannya dengan rakan kerjasama buat sekian lama, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd., dalam pencarian mereka untuk rakan kerjasama baru buat masa yang akan datang.

Kawasaki Akan Mengadakan Acara Yang Hebat Di Shell Malaysia MotoGP 2017!

    Kawasaki telah merancang aktiviti yang hebat sempena pusingan Shell Malaysia MotoGP 2017 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (27 Oktober – 29 Oktober 2017). Gerai pameran Kawasaki yang telah disediakan akan memperagakan ke semua rangkaian motosikal Kawasaki, termasuklah model Ninja ZX-10R, Ninja ZX-10RR, Ninja H2 dan H2R. Konvoi besar-besaran melebihi 300 orang…