MotoGP: Viñales Terajui Barisan Hadapan Semua Yamaha Pada French GP Hari Ini

  • Sesi kelayakan MotoGP semalam menyaksikan barisan hadapan dipenuhi Yamaha dimana Maverick Viñales dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) akan bermula di hadapan hari ini.
  • Mereka akan memulakan perlumbaan hari ini bersama dengan harapan para peminat Perancis, anak watan mereka iaitu Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang melalui Q1 dan Q2 dengan penuh sensasi di hadapan penyokong tuan rumah.
  • Kejutan lain pada perlumbaan hari ini termasuklah pasangan Red Bull KTM Factory Racing, Pol Espargaro dan Bradley Smith yang layak di kedudukan P8 dan juga P10.

Continue reading “MotoGP: Viñales Terajui Barisan Hadapan Semua Yamaha Pada French GP Hari Ini”

KTM Dedahkan Motosikal Dua Lejang Dengan Suntikan Bahanapi

 

  • KTM akhirnya telah menyingkap selubung daripada motosikal motocross dua lejang dengan suntikan bahanapi terbaru untuk 2018; KTM 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI.
  • Teknologi ‘Transfer Port Injection’ (TPI) mempunyai dua penyuntik bahanapi yang menyuntik terus ke dalam transfer port tanpa memerlukan bahanapi di pra-campur terlebih dahulu.
  • Teknologi suntikan bahanapi terbaru untuk enjin dua lejang ini bermakna ianya dapat meningkatkan lagi penghantaran kuasa, mengurangkan penggunaan bahanapi dan tidak perlu lagi mengusik nisbah udara-ke-bahanapi untuk keadaan menunggang yang berbeza.

Continue reading “KTM Dedahkan Motosikal Dua Lejang Dengan Suntikan Bahanapi”

Kejohanan Supermoto Malaysia: Gabit Kuasai Pusingan Dua

Gabit mengibarkan bendera Malaysia setelah memenangi perlumbaan (kredit imej: MSMC)

 

  • Pusingan 2 Kejohanan Supermoto Malaysia 2017 telah dikuasai oleh Muhamad Habibullah Bin Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai ‘Gabit’ yang menjuarai kategori Terbuka SM dengan jentera KTMnya.
  • Mohamad Khairi Zakaria atau ‘Hairy’ (#32) dan Mohamad Khuzaini Bin Mahmood (#47) melengkapkan kedudukan podium bagi kedua-dua perlumbaan kategori Terbuka SM.
  • Dengan muncul juara untuk Pusingan 2, Gabit telah diberikan penyertaan percuma dalam salah satu perlumbaan Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017.

Continue reading “Kejohanan Supermoto Malaysia: Gabit Kuasai Pusingan Dua”

KTM Duke Janaan-Elektrik Sedang Dalam Pembangunan

 

  • Menurut laporan oleh MCN, sebuah KTM Duke janaan-elektrik sedang dalam usaha pembangunan oleh pengeluar Austria itu.
  • Gambar intipan telah tersebar di atas talian dengan jelas menunjukkan sebuah KTM 390 Duke dengan apa yang kelihatan seperti sebuah kotak berbentuk petak dalam casisnya yang berkemungkinan adalah perumah unit bateri.
  • KTM telah pun terlibat dalam pengeluaran ‘dirt bike‘ elektrik untuk suatu masa sekarang dengan rangkaian E-Ride seperti Freeride E-SX, E-SM, dan E-XC.

Continue reading “KTM Duke Janaan-Elektrik Sedang Dalam Pembangunan”

Suzuki Rancang Untuk Membangunkan Helmet Paparan Hadapan

 

 

  • Suzuki telah merancang untuk membangunkan helmet paparan hadapan (heads-up display: HUD) mereka sendiri untuk masa depan motosikal.
  • HUD unit yang biasa bukan sahaja memaparkan maklumat penting tetapi ianya juga akan menyampaikan suapan video secara langsung bahagian belakang motosikal yang dirancang untuk menggantikan penggunaan cermin pandang belakang konvensional.

Continue reading “Suzuki Rancang Untuk Membangunkan Helmet Paparan Hadapan”