KTM 390 Enduro Dikesan Jalani Ujian, Lancar 2023?

KTM 390 Adventure merupakan antara motosikal bawah 500cc yang cukup popular masa kini. Manakan tidak, motosikal segmen ADV itu bukan sahaja tampil dengan harga mampu milik malah dilengkapi ciri yang premium setaraf dengan motosikal berkuasa tinggi. Motosikal tersebut turut popular di Malaysia sejak diperkenalkan pada hujung tahun 2020 dengan harga RM30,800. Bagaimanapun, KTM dijangka akan…

KTM Kemas Kini 390 Adventure Bagi Tahun 2022

Ketika ini segmen motosikal ‘adventure’ sememangnya popular namun melibatkan jentera berenjin besar antaranya BMW R 1250 GS, KTM 1290 Adventure R, Ducati Multistrada V4 dan Honda CRF1100L Africa Twin. Bagaimanapun, jika niat untuk mengembara memfokuskan tunggangan ‘off-road’ maka jentera yang lebih ringan dan mudah dikendalikan seperti KTM 390 Adventure menjadi pilihan utama. Selepas dua tahun…

Reviu KTM 390 Adventure 2021: Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu!

Pengedar jenama KTM di Malaysia, Eurotech, telah pun melancarkan KTM 390 Adventure untuk pasaran tempatan. KTM 390 Adventure merupakan antara motosikal yang paling dinantikan tatkala menawarkan ciri berspesifikasi tinggi namun dengan enjin 390cc. Selepas diberi peluang merasai sendiri 390 Adventure ini di Genting Highlands, kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai motosikal ‘adventure…

EICMA 2019: Segmen ‘Entry-Level’ Dapat Ahli Baru, KTM 390 Adventure Diperkenalkan!

Selepas tujuh tahun penantian akhirnya KTM 390 Adventure dilancarkan di EICMA 2019! Jentera segmen adventure ini dijangka akan menarik perhatian ramai pencinta dua roda yang rata-rata mencari motosikal adventure tanpa perlu menghabiskan duit simpanan. Berkongsi enjin sama dengan KTM 390 Duke, model baharu ini diinspirasikan daripada 790 Adventure yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini….

KTM 390 Adventure 2019 Sah Akan Dikilangkan!

KTM India telah mengesahkan bahawa model KTM 390 Adventure 2019 yang baharu akan sedia untuk dikilangkan pada tahun hadapan. Motosikal kembara tahap permulaan yang baharu itu akan berkongsi platform yang sama seperti model 390 Duke dan RC390. Model 390 Adventure yang baharu ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini sewaktu EICMA 2018.